Assalamualaikum

I'm a newbie jadi cerita pun tak segempak~
But I hope you guys enjoy baca :)

Monday 24 October 2011

Aku, Dia dan Cornetto


“Awak, nah ais krim” pantas sahaja si pemberi ais krim berlari setelah memberi ais krim tersebut.

Airin hanya mendiamkan diri. Ais krim cornetto yang berada di tangan dipandang sepi. Dia tersenyum nipis. Ni dah masuk kali ketiga si lelaki tersebut memberi ais krim kepadanya, dah tu lari macam lipas kudung. Tak sempat dia melihat muka lelaki tersebut yang gemar memakai topi.

Alif memandang Airin di sebalik tiang. Please smile~ smile,smile smile and smile! Yes! She’s smiling. Melihat gadis tersebut tersenyum, Alif mula mengorak langkah menuju ke keretanya sambil menyanyi riang.

“Yo bro, hepi nampak” Alif hanya tersengih. Hazmi hanya menggelengkan kepalanya.
Ni mesti kes Preity Zinta melayu senyum sampai nampak lubang dekat pipi.

“Dah berapa kali kau bagi dia ais krim cornetto tu?” Alif menunjukkan 3 jarinya. Senyum belum cair lagi tu.

“Sampai bila kau nak buat macam tu lagi? Dah tu bukannya nak tunjuk muka. Style bagi terus lari” Alif mengangkat bahunya. Dia mula mengundurkan keretanya.

“Entahla Haz, aku pun tak tau. Kalau aku cakap yang aku suka buat macam ni buat sementara waktu tak salahkan”  Gear kereta ditukar.

“Ikut suka kau la Alif tapi satu ja aku nak cakap. Sementara masa masih ada baik kau mulakan langkah kedua. Sat lagi dia bertunang mau kau gigit jari bila dapat tau” Alif tersengih.

“Haz, lambat lagi aku nak buka pelan langkah kedua. Buat sementara waktu aku ikut flow semasa. Jangan gelojoh dalam memulakan langkah. Aku baru bagi 3 ais krim bukannya 30 ais krim” Alif masih lagi tersenyum.

“Well~ we’ll see” Hazmi hanya menyandarkan kepalanya.

“Ziq tak habis kelas lagi ka?”

“Dia sms aku tadi masa aku tercongok tepi kereta kau, dia cakap dia ada extra class, last minute prof bagitahu tadi. Jadi dia balik naik bas” Hazmi bercakap sambil mata terpejam. Mengantuk la tu.

“Kau nak makan? Kalau nak makan aku nak berhenti kereta makan dekat kedai maple” Hazmi menganggukkan kepalanya.

Alif memarkirkan kereta berdekatan dengan maple.

“Mau minum apa?”

“Milo Ais dua kasi kurang manis” lelaki tersebut beredar setelah mencatat apa yang di order.

“Alif, aku nak pegi pilih makanan sat gi turn kau pula” Alif hanya menganggukkan kepala.

+Ziq, aku dengan Haz ada dekat maple. Kau nak order apa2?

-Owh... tak mau lah. Tapi tolong bungkus nasi + ayam goreng + kuah kari (bungkus asing).

+Kau ni la Ziq. Balas tak mau tapi suruh aku bungkus nasi ayam goreng kuah kari.

-Hehe~ sorila bro. Otak aku sakit fikir pasal assignment yang prof bagi.

+ye la. Kau nak order apa2 lg?

-tu ja kot. K lah, ak kna pegi masuk dewan kuliah dah ni. Ad lg 5 minit sebelum kuliah mula. Kau pesan dekat Haz jangan sentuh nasi aym greng kuah kari aku. Tidak, ak pedajal bilik dia. Salam~

+ye la. Ak kasi warning dkt dia. Nasi kau aku simpan dalam peti keselamatan. Aku akan pastikn nasi dikawal ketat oleh bodyguard yg diupah oleh ak. Wasalam~

“Khusyuk kau men sms. Sapa antar? Alia?”

“Ceh, banyak la kau adik aku nak antar mesej dekat aku. Dia kalau antar sms mesti ada niat nak mintak aku belikan dia apa2. Ak tngh sms dengan si Ziq. Dia suruh ak bungkus nasi. Dia siap kasi amaran  kau jangan sentuh nasi bungkus dia tu” Hazmi tersengih. Alif bangun untuk memilih makanan.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aisehman, hujan la pulak. Ni kena redah hujan la nampaknya.

“Miss, ada orang tinggalkan payung untuk miss”
 
“Sapa orangnya miss?”
 
“Dia tak nak bagi nama. Dia Cuma suruh saya passkan payung dekat miss dengan note”
 
“Oh, thanks. Cakap dekat dia yang saya cakap terima kasih” gadis itu menganggukkan kepalanya lalu berlalu.

‘Be careful while walking. Lantai licin. –Mr.Cornetto-‘

Airin tersenyum. Sweetnya dia~

Alif tersenyum. Takpala aku kena hujan. Jangan dia kena hujan pula sudah~ Alif menghantar Airin dengan senyuman sehingga kelibat gadis itu hilang.

30 minit kemudian,

“Ya Allah. Alif! Yang kau basah lencun ni pasal pa? Bukan kau bawa payung ke tadi” Alif tersenyum. Dah menggigil kesejukan sempat lagi tersenyum budak ni. Aku sekeh juga kepala dia ni.

“Ziq, ambilkan tuala. Si Alif ni ha pesta hujan tadi” Haziq bangun mengambil tuala.

“Nah, kau pegi masuk mandi satgi cerita dekat kami mcm mana kau boleh pesta hujan dan mana hilang payung Petronas aku” berdesup Alif masuk bilik tak mau kena leter dengan si Hazmi la tu. Macam dia tak kenal si Hazmi ni kalau dah berleter kalah nenek dekat kampung.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

‘Mana hilang Mr.Cornetto. Dah 4 hari tak datang bagi aku ais krim’

"Airin? Kau pehal? Macam kucing hilang anak ja aku tengok" Airin senyum hampa.
"Mr. Cornetto?" Nisa cuba meneka. Airin menganggukkan kepalanya. 

"Berapa hari kau tak makan ais krim free?" Airin menunjukkan 4 menggunakan jarinya.

Nisa tersengih panjang. Rindu la tu. Hari tu bila dapat ais krim bukan kemain lagi hepi siap belanja aku dengan Intan makan dekat Pizza Hut. Hari ni jangankan pizza, kuih 2 kupang belum tentu dia nak belanja. 

"Lepak ar. Dia bz kot" Airin mengukir senyuman. Esok dia ada kot. 

"senyum pun. tak lari aih Mr.Cornetto kau" Airin sengih malu. 

Tipu la kalau dia tak jatuh hati dekat Mr.Cornetto yang seminggu 3 kali bagi ais krim. Rin-du la sikit. Ok. Tipu. Rindu banyak~

"Haz, bila aku boleh keluar ni? Aku demam ja bukan sakit jantung" Alif membuat muka bosan~ Dah 4 hari ni aku tak tengok Airin. Rin-du~

"Masalahnya, kau demam tak lega. dah tu siap meracau lagi. apa kau ingat kitaorang ada masa nk jaga kau kalau kau duduk dekat rumah. Kami pun kena pegi kuliah" Alif membuat muka bosan. balik-balik alasan ni juga yang Hazmi guna kalau aku merungut pasal nak keluar hospital. 

"Masalahnya, aku bosan" Hazmi hanya menggelengkan kepalanya. Nak cari jalan keluar la tu.

"Petang nanti aku bawa Xbox" Alif dah buat muka aku-nak keluar jugak!

"Kalau kau bawa Xbox, nanti yang lain bising sebab aku main game time depa tido"

"Satgi aku minta nurse tukar kau ke bilik persendirian~ tapi duit sendiri la. Kau tu terlebih mampu tapi saja buat-buat tak mampu" Alif menayang muka bosan. semua alasan kena smash dengan Hazmi, naik fed up~

"Tapi Haz, aku nak jumpa Airin" Alif dah tayang muka 5 kupang dekat Hazmi. 

"Lepas kau dah lega la" Alif mengeluh. masalahnya, dah 4 hari~ 

"Encik Alif, dah tiba masa nak kena makan ubat" nurse mula memberi ubat dan air kosong.

"Saya tak mau makan ubat selagi saya tak keluar dari hospital" Hazmi menjegilkan matanya dekat Alif. Haziq hanya tersengih melihat Alif dah mula keluar perangai budak 5 tahun yang manja.

"Takpa nurse, biarkan dia. Kalau dia tak nak makan sampai ke tahun depan dia tak payah jumpa Airin dia" Alif dah terbatuk, Haziq dengan nurse tersebut tergelak mendengar kata-kata Hazmi.

Ah sudah~ lagi lama la aku tak jumpa Airin.

"Eh, nurse. Takpa-takpa. Biar saya makan ubat" Hazmi tersengih. Tau takut. Senang ja nak ugut si Alif ni.

"Ah~ I can feel the fresh air" Hazmi mebuat muka. Eleh~ Baru 6 hari duduk dekat hospital buat macam sebulan tak jejak bumi.

"Nasib baik kau rajin makan ubat, tidak sampai sebulan kau demam. Lain kali dah tau kau demam lama jangan dok buat romantika de amor bagi payung dekat dia. Paling koman kau bawa la 2 payung~ Dua-dua tak demam" Alif hanya mendiamkan diri. Dah beratus kali Hazmi bagi nasihat yang sama. Tak cukup dengan tu, time ummi datang melawat kena sindir pula dengan ummi. 

"Yela-yela. Aku tau. Lain kali aku buat reminder dalam henfon~ Bentila meleter. Kau ni dah macam ummi aku" Haziq tersengih mendengar perbualan Hazmi dan Alif. 

"So, esok kau nak jumpa la dia? Nak pass ais krim cornetto macam biasa?" Alif mengangguk kepalanya.
"Tapi, aku dah tak nak lari. Aku nak luahkan perasaan aku dekat dia" Hazmi tersengih~

"Kau konfem nak buat? Kau habaq nak luahkan perasaan pukul brapa? Aku dengan Hazmi nak skip kelas nak rakam babak hindustan kau" Haziq menyampuk sambil menukar gear kereta.

"Nanti aku sms dekat kau" 

"Ok. Set!" Hazmi dan Haziq berkata serentak sambil berbual rancak.

Keesokkan harinya,

+Aku ada dekat Cafe tempat biasa dia melepak

-Ok. Aku dengan Haziq dah on the way

"Awak, nah Cornetto" Airin terkedu~ Hampir 6 hari dia merindui kelibat jejaka tersebut dan hari ni dia muncul kembali. Tetapi dia hairan kenapa jejaka tersebut tidak melarikan diri seperti biasa.

Alif mencabut topinya lalu duduk menghadap Airin.

"Saya ada benda nak cakap dekat awak" Airin terdiam. Hensemnya dia~

"Urm.. Go on then" Alif menarik nafas seketika.

"Saya suka awak" kata Alif senafas. Airin rasa jantung dia berhenti berdegup di saat jejaka tersebut meluahkan perasaannya.

"Saya nak awak jadi Cornetto saya" Kata Alif senada. Dia berusaha membuang perasaan malu. 

"Saya tak boleh jadi Cornetto awak" Airin bangun lalu meninggalkan Alif yang terkedu. Aku kena reject?

Haziq dan Hazmi menghampiri Alif. Alif masih lagi terdiam. 

Hampir 2 bulan Alif tidak nampak kelibat Airin. Ya, dia merindui wajah tersebut.

"Are you Alif?" Nisa memberanikan diri menegur Alif. 

"Hmm. Yes can I help you?" Alif masih lagi tidak memandang tuan empunya badan.

"Well. Actually, I have something to give you. Airin memberi kepada saya nota ini kelmarin sebelum dia berangkat ke New Zealand untuk melanjutkan pelajaran di sana. Dia berharap awak dapat jawapan yang awak kehendaki untuk persoalan 2 bulan yang lalu" kata Nisa senafas. Alif terdiam tetapi tangannya mengambil nota yang ditinggalkan untuknya oleh Airin.

"I have to go. Assalamualaikum" salam Nisa dijawab. Pantas sahaja tangannya membuka nota yang diberi oleh Nisa.

-Assalamualaikum. Wait for me 4 more years. I will be back. Meet me at the Cafe 21 October at 4 o'clock. Don't be late. - ~Airin~

Alif tersenyum. 4 tahun? Of course I will wait for you. Meet you there~

4 tahun kemudian,

"Manala dia ni. Takkan tak ingat kut. Nisa cakap dia dah bagi note tu dekat dia" Airin merungut. Dia dah lewat 10 minit dah ni.

"Excuse me, miss" Airin pantas menoleh kebelakang. Hampir sahaja hidungnya terlanggar Cornetto yang dipegang jejaka tersebut. 

"Sorry, saya terlambat. Ais krim ni sekarang payah nak cari" Airin tersenyum mendengar jawapan Alif.

"Saya harap tawaran yang ditawarkan 4 tahun lepas masih valid walaupun terlambat 10 minit" Alif tersengih.

Cornetto yang dipegang Alif di ambil Airin.

"Tawaran yang saya tawarkan takde tarikh luput walaupun awak terlambat 2 jam" Airin berkata sambil menyua sekeping kertas kepada Alif.

Alif mengangkat kening.

"What's this?" Airin tersenyum.

"Alamat rumah ibu bapa saya" Alif dah tersenyum lebar.

"Maaf, tapi saya kena balik rumah awal hari ni" Airin dah terdiam.

"Reason?" Airin berkata senada.

"Nak kena prepare barang nak masuk minang dia la" balas Alif sambil tersenyum nakal. Muka Airin dah merah.

"Bye. See you tomorrow. Assalamualaikum" salam Alif di jawab dalam hati.

~Tamat~
p/s-Maaf andai cerita kurang memuaskan hati. Truly sorry~

1 comment: