Assalamualaikum

I'm a newbie jadi cerita pun tak segempak~
But I hope you guys enjoy baca :)

Sunday 2 December 2012

Khayla-Aakif

Iwan menarik nafas sedalamnya. Kolam mata Khayla dipandang. Melihat sinar mata Khayla membuatkan dirinya rasa bersalah.

"Kenapa ni Iwan? Bagitau la Khayla"

Senyuman Khayla menambahkan lagi rasa bersalah Iwan.

Iwan kau kena beritahu Khayla no matter what.

"Khayla........." Iwan pandang Khayla.

"Iwan nak putuskan hubungan dengan Khayla"

Khayla pandang Iwan. Lama. Iwan menoleh melihat ke luar tingkap.

"Bukan salah Khayla. Khayla tak buat salah. Iwan yang salah" Iwan pandang Khayla.

Khayla tidak bersuara walau sepatah seolah-olah memberi Iwan ruang untuk bercakap.

"Iwan suka dekat orang lain"

Khayla tersenyum pahit. Air matanya cuba ditahan daripada turun. Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan Iwan.

"Khayla faham"

Senyuman Khayla cuba menutup luka di hatinya.

"Kita still boleh jadi kawan kan? Macam dulu" tambah Khayla.

Iwan pandang Khayla. Dia tahu Khayla cuba berlakon.

"Don't look at me me with your pity face Iwan. I'm seriously okay. Don't make me feel pathetic" Khayla bangun. Senyumannya masih belum padam.

"Khayla harap Iwan bahagia dengan dia. Terima kasih Iwan sebab jujur dengan Khayla" Khayla meminta diri lalu meninggalkan Iwan sendirian.

Khayla duduk di kerusi.

Rantai yang diberi Iwan ditanggalkan. Rantai tersebut dipegang.

"Kenapa Iwan bagi rantai ni dekat Khayla? Mesti mahal"

Iwan tersenyum menyerlahkan sepasang lesung pipitnya.

"Khayla tau tak kenapa Iwan bagi loket bentuk hati?"

"Iwan tak jawab lagi soalan Khayla" Khayla memuncungkan mulutnya.

"Jawapan Khayla ada dekat soalan Aakif . Tau tak kenapa?"

Khayla menggelengkan kepalanya.

"Supaya hati Aakif sentiasa dekat dengan hati Khayla"

Muka Khayla merah.

 "Khayla kena jaga rantai ni elok-elok tau. Khayla buang rantai ni tandanya Khayla dah tak nak hati Aakif dekat dengan hati Khayla"

Khayla tersedar dari lamunan.

Rantai tersebut digenggam. Khayla mengumpul seluruh tenaganya hendak membaling rantai tersebut.

Belum sempat dibalingnya, tangannya dipegang.

"Daripada buang rantai tu ada baiknya kau jual"

"Aakif?"

Aakif tersenyum. "Bestfriend aku tengah sedih takkan aku nak biar je" Aakif duduk di sebelah Khayla.

"Don't worry la Aakif. I am okay. Can't you see? Break up case doesn't hurt me" Khayla senyum.

"Bad liar" Aakif melontarkan pandangan ke langit.

"You know you can spill it to me. Just cry Khayla. Don't keep it to yourself" Aakif senyum ke arah Khayla.

Air mata Khayla merembes keluar.

Aakif usap kepala Khayla.

Spill it all out Khayla. Just spill it out.

******

Aakif pandang Iwan.

"I told you not to hurt her"

"What can I do Aakif. She's such a typical girl. I thought she was different but I guess I'm wrong" Iwan senyum mengejek.

"Aku dah bosan la bro. You can have her" Aakif menggenggam penumbuk.

Damn it Iwan.

"Kau ambil la dia. Aku dah jumpa ikan baru. Fresh from the market. Twice no I mean triple better than her"

Aakif melepaskan tumbukan ke arah muka Iwan. Dah agak dah mamat ni macam si*l.

Iwan tersenyum mengejek. Darah yang mengalir di bibirnya dilap.

"Tahu juga kau marah" Iwan bangun perlahan.

"Kenapa kau kena marah sangat Aakif"

"Sebab Khayla kawan aku"

"Kau tak payah nak tipu aku la Aakif. Bukan sebab Khayla kawan kau tapi sebab kau sayang dia kan" Iwan tunjal kepala Aakif. Bibirnya masih lagi tersenyum mengejek.

"Aku dah break dengan Khayla. Patutnya kau gembira.Kau dapat pikat dia balik. Oh, aku lupa, aku still pegang hati dia" Iwan terlepas tawa.

"Ok lah. Aku chow dulu. By the way, I had fun playing her" Iwan berlalu pergi.

Aakif mengetap bibirnya.

*****

"Aakif, lagu apa hari ni?"

"Rahsia" Aakif senyum. Khayla membuat muka meluat.

Nak berahsia bagai la pula Aakif ni.

Khayla kembali duduk bersama kawannya yang lain.

Aakif senyum di atas pentas.

"A special dedication for a friend of mine" Aakif senyum ke arah Khayla.

Khayla sengih.

Aakif dengan yang lain duduk.

"Macam mana?"

Khayla sengih. Ibu jarinya diangkat.

Jet duduk di sebelah Dania. Dia sengih mengusik.

"Hebat tak abang Jet main tadi?"

Dania membuat muka menyampah. Mula la tu nak perasan.

"Tak pun. Aakif lagi hebat"

"Malu ye nak mengaku sayang"

"Sapa sayang kau"

"Kau la sayang aku"

Dania mencebik. Mamat ni memang. Semua perempuan dia nak gula. Dengan aku-aku sekali dia nak gula. Sweet talker + romeo kelas satu. Tapi dia silap nak gulakan aku. Aku ni tak macam perempuan yang lain mudah cair dengan ayat padu gula campur madu dia tu.

"Tolong jangan perasan. Kau pergila gula orang lain"

Jet senyum. Susah betul nak bagi Dania cair.

Khayla pandang ke arah meja di tepi tingkap. Eh, macam kenal je mamat pakai kemeja tu.

Iwan?!?!

Dia pandang Iwan yang sibuk bergelak suka ria dengan awek barunya.

Oh, dia la sebab Iwan tinggalkan aku.

Aakif pandang Khayla. Dia pusing pandang ke arah meja yang berada di tepi tingkap.

Dia pusing pandang Khayla.

"Khayla"

Khayla tersentak. Air matanya dilap.

"Look at me" Aakif pandang ke dalam anak mata Khayla.

Khayla pandang ke arah Aakif kemudian jeling Iwan yang masih lagi rancak bersembang dengan gadis tersebut.

"Khayla, look at me" tangan Aakif memusingkan muka Khayla supaya pandang ke arahnya.

"Look at me. Don't look at him" Khayla pandang Aakif.

"He was your past. Just let it go" Aakif cuba memujuk.

Air mata Khayla mengalir. Entah kenapa dia lemah sangat bila datang bab hati ni. Walaupun sudah 2 minggu dia dan Iwan berpisah.

"Don't cry" Aakif lap air matanya.

"Forget him. Just look at me"

"In your eyes can't I be more than a friend"

Khayla senyap.

"Can't you look  me like you look at him?"

Senyap. Khayla hanya mampu diam.

"I love you since we met" Aakif meluah rahsia hatinya.

15 tahun dia simpan kemas rahsia hatinya. Akhirnya dia berjaya luahkan juga.

Khayla pandang Aakif dengan muka susah ditafsir.

"Aku nak balik" Khayla bangun meninggalkan meja.

Yang lain hanya pandang Khayla bangun dan berlalu.

Aakif senyap. Jet tepuk bahunya.

"You were brave enough to tell her" L senyum ke arah Aakif.

Khayla baring. Kata-kata Aakif bermain di mindanya. Sukar untuk dia tepis.

*****

+Aku tak boleh terima kau

Aakif pandang mesej tersebut buat kali ke 50 kali. Hatinya sakit.

+Aku faham. Kita still kawan kan

Aakif tersenyum pahit.

+Yup.

*****

Khayla lepak tempat biasa. Malam ni persembahan Aakif.

Dekat 2 minggu juga Aakif mengelak daripada jumpa dia. Kalau jumpa pun senyum je. Dan dekat 2 minggu juga la dia tak melepak dekat sini.

"Weyh, lambatnya kau datang"

"Sorry la. Ada hal tadi" Dania sengih lalu duduk disebelahnya.

Tamat ja persembahan, macam biasa Aakif dengan bandnya akan datang melepak dengan mereka.

Suasana seperti biasa. Aakif layan Khayla seperti biasa.

Tiba-tiba Anis datang duduk di sebelah Aakif. Yang lain senyum bila nampak Anis.

Khayla pandang Anis.

"Sayang suka persembahan abang tadi"

Anis angguk malu-malu. Jet mula mengusik Anis sampai merona merah muka dia.

Khayla cuit bahu Dania. 'sapa tu?'

'awek Aakif' Dania balas.

Khayla senyum pahit. Tak tahu kenapa tapi dia rasa kehilangan.

Aakif hanya menumpukan perhatian dekat Anis. Sekejap gelak, sekejap sweet. Khayla di depan dia pun tak dilayan. Seolah-olah perhatian Aakif yang selama ni dekat dia dah beralih arah.

Aakif membetulkan rambut Anis. 

"Dah makan?" Aakif pandang Khayla.

"Dah"

Aakif kembali menyembang dengan Anis.

Tu ja? Tak nak tanya macam selalu ke dia makan apa? Minum apa? Thesis macam mana? Homework banyak tak?

Kau lupa Khayla. Tumpuan Aakif mestila dekat awek dia.

Khayla rasa hati dia sakit sangat bila dia nampak Aakif dengan Anis. Tak tahu kenapa.

*****

+Aakif, jom lepak.

+Sorila Khayla. Aku ada date.

+Ouh. Takpa.

+Lain kali ye.

Khayla pandang mesej Aakif. Lain kali la sangat. Ni dekat sepuluh kali dia cakap lain kali.

Khayla lepak tempat selalu. Pemandangan bandar cantik sangat kalau tengok dari atas bukit.

Aakif duduk sebelah Khayla.

Hari ni baru Aakif lapang.

"Sihat?" Aakif melontarkan pandangan ke langit.

"Sihat" Khayla balas.

"Lama kita tak lepak"

Aakif senyum pahit.

"A'ah. Lama sangat. Kau tu sibuk ja memanjang" Khayla tumbuk bahu Aakif.

Aakif gelak.

Lama tak lepak.......

"Aakif, kau tau tak, Iwan minta sambung balik hubungan dengan aku"

Aakif senyum. Khayla pandang Aakif.

"Ouh....." Itu ja yang keluar daripada mulut Aakif.

Henfon Aakif tiba-tiba ja berdering.

"Hello?"

Khayla pandang Aakif. 

"Ouh..Okay-okay. Bye" Aakif menamatkan panggilannya.

"Khayla, aku kena pergi. Anis kol tadi" Khayla pandang Aakif.

"Kau tak nak tau apa jawapan aku dekat Iwan?"

Aakif senyap. Langkahnya yang berhenti.

"Aku tak nak tahu" Aakif balas dan mula berjalan.

"Aku tolak dia" Aakif berhenti. Dia pusing pandang Khayla.

"Kenapa?"

"Sebab aku suka kau"

Aakif senyap.

"Khayla, kau terlambat 2 minggu. Maafkan aku" Aakif berlalu pergi.

Khayla menangis. Hati dia hancur.

******

Khayla pandang Dania.

Dania paksa dia datang malam ni. Sebab lama sangat tak lepak sekali.

Khayla  pandang Iz,Jet dengan L.

"Tak buat persembahan hari ni?"

"Tak. Malam ni Aarif sorang je" Khayla sekadar mengangguk.

Anis sibuk bersembang dengan yang lain.

Aakif senyum di atas pentas.

"A special dedication for someone that I love"

Khayla pandang Anis.

Air matanya hampir menitis. Buat apa dia duduk sini kalau setakat nak bagi sakit hati.

"For You" Aakif senyum.

Do you hear me?
 I'm talking to you  

Aakif pandang Khayla.
 Khayla pusing bila dengar lagu ni.
 Lagu kesukaan dia dengan Aakif..
 
Across the water across the deep blue ocean  
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
 

Girl I hear you in my dreams 
I feel your whisper across the sea  
I keep you with me in my heart  
You make it easier when life gets hard

Tergamak Aakif nyanyi lagu favourite aku dekat Anis.  
 

I'm lucky I'm in love with my best friend 
Lucky to have been where I have been  
Lucky to be coming home again Ooh ooh ooh
They don't know how long it takes 

Waiting for a love like this  
Every time we say goodbye 
I wish we had one more kiss 
I'll wait for you I promise you, I will
 
I'm lucky I'm in love with my best friend 

 Lucky to have been where I have been 
 Lucky to be coming home again

Khayla sengih nakal.

"Khayla!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Aakif jerit panggil Khayla.

Khayla gelak sambil buka langkah nak cabut lari.

"Kau bagi pancit tayar basikal aku" Aakif kejar Khayla dari belakang.

"Siapa suruh kau tinggal aku tadi" Khayla balas sambil berlari.

"You are so dead" Aakif berlari cuba kejar Khayla. 
 
Lucky we're in love in every way 

Lucky to have stayed where we have stayed 
 Lucky to be coming home someday

Air matanya menitis perlahan.

Hati dia sakit sangat.
 
And so I'm sailing through the sea 

To an island where we'll meet 
 You'll hear the music fill the air 
 I'll put a flower in your hair

"Nur Khayla!" Aakif ketuk pintu bilik dia.

Khayla bangun malas. Pintu bilik di buka.

"Apa dia?" 

"Dah pukul 7.15. Kau tak nak pergi sekolah?" 

"What!" Khayla kelam kabut capai tuala. Pintu ditutup, tak sempat Aakif nak berundur.

"Woi, sakitla" Aakif jerit.

Khayla sengih sebelum kembali tutup pintu.

Satgi masa on the way pergi sekolah baru aku pujuk kau wahai Aakif.
 
Though the breezes through trees 

 Move so pretty you're all I see 
 As the world keeps spinning 'round 
 You hold me right here, right now

 Khayla pusing pandang Aakif.

"Aku dah suruh kau jangan buat. Kau nak juga buat"

Khayla dah macam nak nangis.

"Sakit ni. Berleter satgi la" Khayla buat muka kesian.

Aakif gelak tengok muka Khayla. 

"Aku dah agak dah benda ni nak jadi" 

Aakif bawa keluar plaster yang berada dalam poketnya. 

"Lain kali biar aku ja yang masak"  Aakif berleter lagi selepas basuh jari Khayla yang terhiris kena pisau.

"Mata letak kat mana la masa potong sayur" Aakif balut jarinya pakai plaster.

Tengok, berleter lagi.

Khayla buat muka menyampah.
 
I'm lucky I'm in love with my best friend 

 Lucky to have been where I have been 
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way

  Lucky to have stayed where we have stayed
  Lucky to be coming home someday
Ooh ooh ooh Ooh ooh ooh, ooh


Aakif berdiri. Gitar diletak ke tepi.

"Khayla, saya sayang awak" 

Khayla pandang lipat maut.

Gila ka hapa Aakif ni. Anis ada skali kut.

Khayla pandang Anis. Anis buat muka lepak. 

"Anis tu sepupu saya. Saya yang minta dia berlakon jadi awek saya" Anis sengih dekat Khayla.

Aakif kenyitkan mata dekat Khayla.

"Saya takkan sesekali gantikan awak dengan orang lain"

Muka Khayla dah merah.

Orang ramai yang berada dalam kafe semuanya pandang dia.

"I love you Khayla" Aakif sengih nakal.

Khayla dah tak tahu nak sorok muka dekat mana.

"Tak nak cakap I love you too?"
  
Khayla dah rasa nak pengsan.

"Khayla look at me. Bawah meja tu takdak apa la sayang" Muka Khayla bertambah merah.

Tapi Khayla pandang juga muka Aakif.

Aakif senyum nakal.

"Ai sayang. Dah takde suara?"
 
Memang dia ni nak kena. Perlu ke cakap pakai mic. 

Khayla bangun.

Aakif angkat kening.

"I love you too la stupid" Khayla balas sambil tunduk ke lantai.

Aakif senyum. 

"Apa dia sayang? Tak dengar la?"

Dia ni la.

Khayla tarik nafas........... You can do it Nur Khayla!
 
                                                       

                                                               -the end-

No comments:

Post a Comment