“Aduss~ Bateri habis la pula. Pe kes malam ni jugak dia nak
habis bateri. Buat macam takdak hari lain” Mira menggumam rendah.
Hari tu time
aku rajin nak pegi mini market, bateri masih lagi kuat bertenaga buat macam
sebulan boleh bertahan. Sekali hari ni buat pasal. Hampeh~
“Kau kenapa Mira? Bercakap dengan bateri dah macam takde
keja lain” Etul menegur Mira. Tengok
gaya macam nak telan dua ketul bateri tu ja aku tengok. Takkan lapar sangat kut.
“Ni ha. Time aku duk syok nak alih tv, tiba-tiba bateri buat
pasal. Time ni la jugak nak habis bateri. Dah la channel 103 tu bukan kemain
jauh dari channel 715. Naik kematu tangan aku kalau dok tekan dekat tv decoder
ni” Etul sengih panjang.
Eleh, buat drama boleh. Ni mesti kes nak tengok Romeo
X Juliet tu yang mengamuk sakan. Bukannya takda ulangan setiap hari Ahad.
“K lah, aku nak siap pegi beli bateri. Kau nak order pape
alang-alang aku nak p mini market. Jangan kau suruh aku beli beras 5kg sudah.
Patah bahu aku nak bawak beras naik tangga” Mira mula menyarung tudung krim.
“Kau belikan aku air Latte dengan Cadbury ckop la” Etul
menyua sekeping not Rm 10.
“Baki amek dekat aku”Etul mengangguk kepalanya.
“Kira upah sebulan” kata Etul.
“haha~ Ke-de-kut. K lah. Assalamualaikum” balas Mira lalu
keluar.
Di Mini Market,
Manala bahagian bateri, kena cepat ni. Ada lagi 10 minit
sebelum cerita mula ni. Ha,tu pun dia.....
Baru saja Mira nak ambil bateri yang limited edition
(tinggal 1 ja), sudah ada tangan lain yang ambil bateri itu.
“Eh, jangan ambil bateri tu” Jejaka tersebut memaling
mukanya mengadap tuan empu suara.
“Kenapa pula?” Mira terdiam. Nak bagi alasan apa ni.
“Sebab apa cik?” jejaka itu kembali bertanya. Takkan aku tak
boleh beli bateri ni. Dah la time ni kamera si Razif nak habis bateri. Aku
suruh beli DSLR dia tak mau.Kononnya, nak kekal klasik pakai kamera zaman tok
kadak. Menyusahkan aku ja malam-malam ni.
“Err... Sebab....sebab... sebab saya nampak dulu bateri tu”
hentam p la. Janji aku dapat bateri tu.
“Cik, cik nampak dulu, saya yang pegang dulu. Kira saya
dapat dulu~ Lain kali kalau nampak dulu, cepat-cepat la ambil, jangan bukak
langkah turtlewalk” jejaka itu masih tidak mahu mengalah. Banyak lawa dia main
nampak dulu. Apa dia ingat ni mini market atuk dia pakai slogan ‘saya nampak
dulu, saya punya la’.
Mira menggenggam tangannya.
“Uncle ada nampak saya buat turtlewalk ke tadi? Tak nampak
ke saya lari nak amek bateri tu. Nasib baik saya tak jatuh” Uncle? Memang aku
sekeh jugak kepala budak ni. Aku yang 26 tahun ni dia panggil Uncle.
“Cik, saya baru 26 and You are not even my ‘anak saudara’. Dah-dah. Excuse me. I have to pay ‘my battery’”
sengaja dia menekan perkataan ‘my battery’.
Mira memandang geram jejaka tersebut. ‘Kira bagus aku
panggil dia ‘Uncle’. Eleh 26 konon. Muka
macam 48 adala.’
“Excuse me, what did you said miss?”
Err.. la macam mana boleh terlepas dari mulut ni.
“Nothing la dey Uncle” Mira pantas saja rampas bateri yang
berada dalam tangan jejaka tersebut.
Jejaka tersebut terkaku. 1,2,3 dannnnnnnnn baru dia sedar
bateri dah takde dalam tangan dia. Dia
mula mengekor gadis tersebut. ‘kau ingat aku datang jalan kaki 15 batu(ok,
Ti-pu. Tak sampai sebatu pun) aku akan balik dengan tangan kosong’. Huh, jangan
harap la.
Dia memulakan langkah dengan berhati-hati untuk mengelakkan
si dia yang tengah tekun mencari coklat tidak prasan.
“Arghhhh” Mira menjerit kuat apabila terkejut kerana bateri
yang dipegang dirampas secara mengejut.
‘pe kes main kasar pulak dah mamat ni. Aku sepak jugak dia
ni’
Jejaka tersebut menarik senyum keji. Ehehehehehe. Dia
menunjuk battery itu dihadapan Mira.
“Bak balik battery saya” jejaka tersebut menjelirkan
lidahnya lalu meninggalkan Mira yang cuba menahan amarahnya.
Childish punya Uncle. Apa dia ingat dia umur 2 tahun main jelir-jelir lidah. Aku kerat jugak lidah dia tu. Haih~ Nampaknya aku kena tekan dekat decoder la hari ni. Dalam hati memang dah berbakul-bakul sumpahan khas buat jejaka tadi.
Daniel tersenyum kemenangan. Suka pula dia melihat gadis
tersebut menarik muka kelat-kelat-masam. Ada aura. I hope we meet again miss.
Di rumah,
“Kau kenapa Mira dari tadi keja bercakap sorang diri ja”
Mira merengus kasar.
“Aku tengah geram gila dekat sorang mamat ni. Dia punya pasal la hari ni aku
terpaksa tekan dekat decoder dekat 5 minit. Dah la rampas bateri aku. Memang
dasar tak gentleuncle langsung” Etul tergelak.
“Weyh, suka hati kau ja ubah ayat. Gentleman la bukan
Gentleuncle” Mira mencebik.
“Mamat tu Gentleman? Huh~ Tak sesuai weyh. Gentleuncle baru
sesuai dengan dia. Dah la perasan muda~ 26 konon. Muka macam 48 adala” Etul
menggelengkan kepalanya.
“Sudahla. Ni Romeo kau dah ready nak action” Mira tersengih.
2 pasang mata kembali mengadap tv.
BERSAMBUNG~
p/s-Maaf kalau cerita kurang memuaskan.
No comments:
Post a Comment