Assalamualaikum

I'm a newbie jadi cerita pun tak segempak~
But I hope you guys enjoy baca :)

Wednesday, 9 March 2016

Najla and Jibrail


Short cerpen guys. This is a small dedication to him. Al-fatihah to the people that we lost.

Najla menguatkan volume mp3. Hatinya rtak tenang. Serabut jiwa lebih tepat.

Zatie menolak buku akaunnya ke tepi. Mp3 Najla ditarik lalu butang pause ditekan.

Najla menarik headphonenya melurut ke bahu. Muka Zatie dipandang macam nak ditelan.

“Aku tahu la mp3 kau tu hearing aid kau tapi kalau dah sampai aku yang sebelah kau pun boleh dengar tu aku dah pelik”

Bantal peluknya ditarik. Kepalanya disandarkan di dinding dan kaki dilunjurkan.

“Spill” 

Zatie membuat muka tiada kompromi.

Najla mengeluh.

“Patut ke aku balik rumah?”

Dia tersenyum pahit. Patut ke?

Kalau rumah tu dah macam tak ada penghuni ada baiknya tak balik terus.

“Kau rasa?”

Bantalnya ditekap ke muka.

“aku tak tau”

“Honestly, aku tak tahu” dia menggumam rendah.

“Sampai bila kau nak lari,Naj”

Najla menolak rambutnya kebelakang.

“Can’t I stay running for the rest of my life?”

If only things are that simple.

If only running solves everything.

Pintu yang dibuka mengejutkan mereka berdua.

“Guys. Help”

Najla dan Zatie bangun menolong Wani mengangkat barang.

“Kau borong satu Aneka ke apa?”

Wani tersengih.

“Stok bulanan”

Najla tergelak. “Aku tengok macam stok setahun”

“Nah. Upah tolong”

Tupperware di sua.

“Yeay”

Najla duduk bersila. Zatie menyua sudu kepadanya.

“Wani, join la makan”

Wani tersengih. “Tak nak la. Aku dah makan dengan family aku tadi”

Berebut dengan abang macam sebulan tak makan. Padahal ibu masak lebih. Entah kenapa, bila makan dengan family ni, selera bertambah-tambah.

“Okay. Zatie kau baca doa”

Zatie mengangguk.

Selesai berdoa mereka berdua tersengih.

Serentak mereka mula makan.

Masya Allah. Heaven weyh. Heaven.

Wani tergelak tengok gelagat dua orang yang macam first time merasa nasi goreng seafood.

“Wani, aku dah bagitau belum yang aku sayang mak kau?”

“Dah Najla. Setiap kali ibu aku masak lebih kau mesti cakap punya”

“Wani, betulkan abang kau single?”

Wani mengangguk.

“Aku booked abang kau. Kalau kahwin dengan abang kau, hari-hari aku boleh makan sedap macam ni”

Najla menggelengkan kepalanya. Zatie memang macam tu. Dah gila bayang dekat abang Wani.

“Iye la. Aku nak bawa jumpa kau tak nak”

“Aku ni pemalu orangnya”

Najla dah pecah tawa.

“pemalu abah kau. Menipu tu weh”

Zatie tersengih. “Aku pemalu dengan abang Wani ja”

“Najla. Nasib baik aku ingat lagi, Jib kirim salam”

Dia tersenyum.

Salam Jib dijawab.

“Najla. Kau jangan senyum gatal sorang-sorang”

“Mana ada”

“Tengok tu. Muka dia blushing pula”

Pipinya terasa hangat.

“Dah la. Sambung makan je la”

Xxxxxx

“Jib, kau tak nak ke jumpa Najla?”

Jib menggelengkan kepalanya. Tangannya masih ligat melontar bola masuk ke dalam jaring.

“Kau main-main ke dengan Najla sebab kalau kau main-main aku sendiri yang bunuh kau”

Lipat maut dia pandang Wani. Bola yang dibaling tersasar kena budak sebelah.

Cepat dia pusing pandang budak sebelah.

“Sorry dude”

Budak tu sekadar senyum sambil menyua bola kepadanya.

Jibrail kembali memandang Wani.

“Keluar mana teori aku nak main-main dengan Najla?”

“Dah setiap kali aku ajak kau jumpa Najla. Kau asyik tolak. Aku taknak kau main-main dengan dia”

Jibrail kembali melontar bola kemudian duduk di sebelah Wani.

“Wani, kau tengok muka aku kan, ada Nampak macam main-main ke dengan Najla?”

Wani sekadar menjongketkan bahu.

“You see Wani. Honestly, aku suka Najla. Tapi aku baru 23. Baru habis degree. Kerja apa pun takdak lagi. Rumah pun tak beli lagi. Aku kalau boleh bila jumpa Najla, biarlah masa tu aku dah ada semua tu and aku nak jumpa dia bila dia dah sah jadi wife aku.Biarlah orang nak kata aku kuno ke lembap or whatever else. Sebab niat aku nak buat Najla jadi isteri aku terus. Insya Allah. Kau jangan la keluar teori pelik-pelik sebab aku Cuma nak jaga batas. Jaga maruah dia juga”

Wani tersengih.

“Sejak bila kau matang macam ni eh?”

“Sejak aku tahu erti tanggungjawab. So, close topic tu”

Wani mengangguk.

“Dah la. Jom balik. Ibu mesti risau kalau aku hantar kau lambat”

“Eleh. Ibu aku okay.Kau tu anak susuan ja”

“Macam ni kau layan abang susuan kau? Aku report dekat ibu baru tau”

Kaki Jib disepak.

“Kuat mengadu”

“Biarlah. Ibu kau ibu aku juga. Mama aku bukan mama kau punya”

“Ek ena. Mama sayang aku lebih weyh”

“Mana ada”

“Ada”

“Mana ada”

Xxxxxxxxxx

“Wani, tanya Najla family dia ada tak ahad ni?”

Wani menjongketkan keningnya.

“Nak buat apa?”

Jib menjulingkan matanya keatas. Banyak tanya pula.

“Nak pergi rompak rumah dia. Ish la. Nak masuk minang la”

Hampir Wani jatuh dari kerusinya.

Membulat matanya memandang Jibrail.

“Biar betul ni?”

“Tak lah. Main-main ja. Serious la”

Perlahan-lahan senyuman mula terukir dibibirnya.

“Ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu”

Xxxxxxxxxxxxxxx

Najla bermain dengan jarinya.

Crap. Macam mana nak beritahu ayah ni? Ish la.

Sengaja dia bangun awal nak jumpa ayah. Selalunya, dia mengelak jumpa ayah. Tapi hari ni, dia kena jumpa juga.

Crap. Crap. Crap.

Derapan kaki yang mula kedengaran turun tangga membuat dia menggelabah.

“Najla?”

Wajah ibu tirinya dipandang malas. Ingatkan ayah, rupanya perempuan ni.

“Awal bangun”

Puan Aina tersenyum memandang anak tirinya.

“None of your business”

Najla menjawab kasar.

Puan Aina tersenyum pahit. 4 tahun dah. Tapi perangai tak berubah. Semua perkara dah dia lakukan nak merapatkan hubungannya dengan Najla tapi satu pun tak Berjaya.

“Mama tanya je kan”

Belum sempat Najla membalas, ayahnya muncul.

“Najla?”

Perasaan resah mula menguasai dirinya. Adeh. Macam mana nak beritahu ayah ni?

“Ayah”

Encik Amar tercengang mendengar Najla memanggilnya ayah.

4 tahun Najla mengelak dirinya. Tapi hari ni….

“Ada orang nak jumpa ayah petang ni. Ayah tak sibukkan?”

Perlahan suaranya memberitahu ayahnya. Hati ni dah rasa macam nak meletup.

“Siapa?”

“Ayah tunggu je la petang ni”

Bila Najla kata orang, Encik Amar ingatkan seorang. Sekali muncul segerombolan manusia siap dengan dulang semua. Tercengang dia.

Puan Aina yang berdiri sebelahnya juga terkejut. Tak tahu nak kata apa dah.

Najla yang menyorok di balik pintu dipandang.

“Najla? What’s all of this?”

Najla sekadar diam.

“Aina, you layan semua orang ni. Minta bibik buatkan air. Call Rashid. Cakap dekat dia yang ada tetamu suruh dia belikan makanan tapi masuk ikut pintu belakang.”

Puan Aina segera melakukan arahan.

Encik Amar kembali memandang wajah Najla.

“And you, young lady,we are going to talk upstair. And bawa laki tu sekali”

Najla cepat mencari Jibrail.

“Emmm. Jib”

Jibrail memandang Najla.

“Kenapa?”

Wajah pucat Najla membuatkan dia mengikut Najla.

Sampai sahaja ditangga.

“Kenapa ni Najla?”

“emm. You know kan my relationship dengan family I?”

Jib mengangguk.

“Well. I didn’t tell them that you are coming to meminang. I told him that ada orang nak jumpa. And right now, I’m freaking out. And ayah nak jumpa kita berdua”

Jib sekadar mengangguk mengikut Najla naik ke atas.

Encik Amar yang duduk di kerusi rotan cepat disalam.

“Uncle. If uncle tak kisah kan. Can we talk only the two of us?”

Encik Amar memandang anak muda di hadapannya. Lama.

Kepalanya diangguk.

“Najla, turun tolong mama layan tetamu”

Najla turun. Tapi hati ni tak boleh berhenti berdegup kencang. Betul-betul risau ayah mengamuk.

Xxxxxxxxxxxxx

Tak tahu lah apa yang Jib cakap dekat ayah sampai ayah macam chill ja.

Siap senyum gelak dengan ayah Jib.

Pukul 6 petang selamat dia jadi tunang Jibrail. Ni memang tunang koboi.

Baju yang dipakai pun pinjam Puan Aina punya. Mekap semua Puan Aina yang buatkan.

Dia Cuma duduk bersimpuh tunggu ibu Jibrail sarungkan cincin. Dulang semua kelaut. Heh, janji tunang kan?

Selesai semua, ayah terus naik. Sepatah pun tak keluar untuk menyembang dengannya.

Puan Aina sibuk mengemas dengan bibik.

Najla naik ke atas untuk menukar pakaiannya.

Handphonenya dicapai bila selesai mandi dan solat.

Inbox dibuka.

+awak. Buka e-mel. Jib

From: wani

Laju tangannya membuka e-mel. Klasik bakal laki aku ni. Pakai lagi e-mel ni.

Asslamualaikum. Najla. Firstly, terima kasih sebab sudi terima saya. Tunggu saya.

Cuma saya agak kecewa sebab awak tak beritahu ayah awak awal-awal yang saya nak datang minang awak. Awak tak sepatutnya buat macam tu. Dia ayah awak. Dia kahwin lain macam mana pun tak akan dapat mengubah pertalian darah antara awak berdua. Saya tahu awak rasa susah nak terima sebab ayah awak senang saja menggantikan tempat arwah ibu awak. Tapi percayalah, tak ada siapa dapat menggantikan tempat ibu awak. Ayah awak tak pernah gantikan ibu awak. Ingat tu.

Awak, cuba baiki hubungan antara awak dengan ayah awak. Cuba terima kehadiran ibu tiri awak sebab saya sendiri Nampak macam mana dia layan awak.Bagi peluang dekat ibu tiri awak, jangan cepat menghukum ibu tiri awak. Cuba. Saya sokong awak. Jangan terlalu mengikut perasaan awak.

Setakat ini saja e-mel saya.

Assalamualaikum.

Najla terdiam setelah selesai membaca e-mel tersebut.

‘cuba’

Maafkan semua?

‘Maafkan. Saya percaya dekat awak’

Xxxxxxxxx
Najla turun awal pagi itu.

"Mama?"

"Dekat dapur ni"

Najla senyum sambil jalan ala-ala skipping.

"Ni kenapa tersengih-sengih?"

Bahu Puan Aina dipeluk.

Alhamdulillah. Nasihat Jib untuk dia cuba terima Puan Aina tak sia-sia. Dah 3 bulan selamat dia jadi tunang Jib. Lagi sebulan majlis perkahwinan mereka.

"Mama teman Najla pergi fitting hari ni boleh tak?"

Puan Aina mengangguk. Belum sempat dia bertanya Najla pukul berapa, telefon Najla berdering.

"Hello"

"Naj...."

Esakan kuat Wani mula kedengaran.

"Wani, kenapa ni?"

Wani yang tak mampu meneruskan, menyerahkan telefonnya dekat ibu.

"Najla. Mak cik harap Najla kuat"

Najla mula rasa tak sedap hati.

"Kenapa ni ibu?"

"Jib dah tak ada."

setiap yang hidup pasti akan mati. Kita sebagai yang hidup perlu meneruskan hidup dan sentiasa mendoakan bagi yang sudah tiada. Kenangan jangan kita lupa tapi jangan meratapi sampai berbulan. Sedih boleh tapi jangan sampai tak mahu meneruskan hidup. Kekuatan tu kita kena bina sendiri dan doa jangan lupa semoga Allah sentiasa memberi kekuatan untuk kita menempuh segala dugaan.

Kisah Jibrail mungkin sudah tamat tetapi bagi saya sesingkat manapun perjalanan di dunia ini, hargai dan cuba mencari Allah secepat mungkin. Dan Najla. Gadis bernama Najla ini akan bangun meneruskan kehidupan. Jibrail mungkin sudah tiada tetapi dirinya  tak pernah dilupakan dan sentiasa dikenang dalam doa seorang gadis bernama Najla. 

sekian.