This is just a
short stories. The after happy ending in one of my novel yang masih tersimpan
rapi dalam document. To be honest, I still have no guts to show it to the
world.
Aishah menolong
neneknya mengemas almari. Hari ni tiba-tiba rajin nak tolong nenek mengemas
tetapi hanya satu tempat sahaja dia mahu mengemas. Almari nostalgia nenek
dengan tok wan.
"Nur"
"Kenapa?"
"Datang sini
sekejap"
Nenek bangun
meninggalkan bilik.
Aishah tersengih.
Tok wan memang tak boleh berpisah dengan nenek.
Aishah menyambung
mengemas almari tersebut.
Matanya tiba-tiba
terpandang album yang bertindih dengan baju-baju nenek.
Tangannya gatal
mencapai album tersebut. Senyuman di bibir tak dapat dibendung lagi apabila
bahan yang dicarinya dari tadi sudah elok dipegangnya.
Kisah Kita.
Aiceh. Siap
bertulis kisah kita lagi.
"Aishah dah
habis kemas?"
Kekwa masuk ke
dalam bilik.
Dia tersengih bila
terpandang album yang dipegang anaknya.
Automatik Kekwa
duduk bersila di sebelah anaknya.
Mereka seolah-olah
memahami senyuman di bibir masing-masing.
Album dibuka bila
Kekwa membuat isyarat mata.
Us. Nur Hawa and
Muhammad Adam.
The difference
between us that make us closer.
Aishah tersengih.
Sweet betul la tok
wan dengan nenek.
Muka surat
seterusnya diselak.
Gambar tok wan
dengan nenek dekat airport.
Masing-masing
tengah dengar lagu sambil berkongsi earphone.
Tok wan pegang
tangan nenek sambil masing-masing tersenyum memandang kapal terbang yang bakal
berlepas.
'Thank you for
waiting, Nur'
Aishah pandang mamanya.
"Mama tak ada
album gambar macam nenek ke?"
"Abah kamu tu
pemalu depan kamera"
Kekwa membuat muka
kecewa.
Masa dia muda-muda
dulu, dia ada berangan nak buat album gambar macam mamanya. Tapi, apakan daya
Zafran pemalu orangnya.
Aishah sekadar mengangguk.
Faham, abahnya pemalu sangat depan kamera. Siap bagi alasan yang "abah nak
biar mama ja pandang muka hensem abah".
Waktu itu, laju ja
mama mencubit lengan abah.
Mereka menyambung
membelek album.
Muka surat
seterusnya di selak.
Gambar nenek dengan
headphone sambil tok wan peluk dari belakang. Masing-masing macam tak sedar
yang ada kamera.
Nenek senyum.
'Thank you Abang
Yusuf for this picture'
Aishah terpandang
tulisan di hujung gambar.
Bibirnya
tersengih.
Mati-mati dia
ingat description untuk gambar ni cuma thanking Tok long.
'Nur. You look
beautiful when you smile'
Kekwa tersenyum
bila terpandang gambar seterusnya.
Gambar yang
ditangkap dalam photo booth.
Pecah tawa Aishah
melihat gambar tersebut.
Gambar 1: tok wan
cuba cium nenek.
Gambar 2: nenek
tolak muka tok wan.
Gambar 3: tok wan
meneruskan cubaan nak cium.
Gambar 4: nenek
tergelak bila tok wan tak mahu mengalah.
Gambar 5:
akhirnya, tok wan berjaya cium nenek.
'I know you want
me to kiss you'
Mereka leka
membelek dan terhenti pada satu gambar. Gambar yang membuatkan mereka
tersenyum.
Gambar nenek duduk
dalam hospital teman tok wan. Dua-dua tengah tertidur tapi tangan nenek masih
erat dalam genggaman tok wan.
Tak silap masa ni
nenek ada cakap yang tok wan accident tapi kaki sahaja yang berplaster mulutnya
tak.
Description:
Beautiful, do not cry. I hate seeing you in that state.
Credit: to kakak
ipar yang sempat lagi snap gambar.
Gambar terakhir
dalam album tersebut berjaya membuat mereka tersenyum.
Gambar tok wan
pegang tangan nenek masa jalan-jalan tepi pantai.
Gambar dalam album
ni semua sebelum Kekwa dilahirkan.
'Nur, stay with me
no matter what happen'
Album gambar
ditutup.
Mata Kekwa
tiba-tiba terpandang kotak yang disimpan ipod abahnya.
Mama memang sayang
betul dengan ipod ni.
Tangannya
mengambil kotak tersebut.
Ipod dikeluarkan.
Hehehe. Tiba-tiba
rindu nak dengar abah menyanyi.
Aishah tersengih.
Earphone yang
disua Kekwa diambil.
"Nak dengar
lagu apa?"
Aishah tersengih.
"Lagu yang
tok wan nyanyi dekat nenek"
Kekwa menekan
butang play.
Memang ada banyak
lagu yang dinyanyikan oleh abah untuk mama. Tapi, ada satu lagu tu sahaja yang
berjaya membuatkan dia dan Aishah tersenyum.
Abah memang sweet.
Kekwa seolah-olah
dapat membayang kisah mama dan abahnya bila dia mendengar lagu ni.
Aishah hanya mampu
tersenyum mendengar lagu ni.
Tok wan ni memang
sweet.
Ipod disimpan
kembali setelah lagu tamat.
Kekwa dan Aishah
sambung mengemas almari sambil tersenyum bila terjumpa kenangan Nur dan Adam.
Almari ni penuh
dengan kisah cinta mereka.
Selesai mengemas
mereka keluar.
Kekwa membuat
milo.
Aishah melepak di
depan tv.
Adam duduk di
kerusi di sebelah Aishah.
Bila Aishah nampak
tok wan, automatik dia menyanyi.
"I'm not a
perfect person"
Adam memekakkan
telinganya.
Mula dah nyanyi
lagu tu. Remote mana remote.
Kekwa yang
terdengar Aishah menyanyi menyambung dari dapur.
"I never
meant to do those thing to you"
Nyanyi dah.
Matanya melilau mencari remote untuk menguatkan volume.
Tunggu masa ja...
"And so I
have to say before I go"
Nur menyambung
sambil tersengih.
Adam hanya mampu
tersenyum.
Nasib la isteri,
anak dan cucu kaki mengusik.
"That I just
have you to know. I found the reason for me"
Nur, Kekwa dan
Aishah bergabung.
Remote….
Dan Adam hanya
mampu duduk dan mendengar sehingga lagu tamat.
Adam duduk di
sebelah isterinya.
"Today was a
nightmare"
Pecah tawa Nur.
Faham maksud Adam.
Nur menyua
earphone kepada Adam.
Adam menyumbat
earphone ke dalam telinganya.
Walaupun dah tua,
rutin mereka ini masih lagi berjalan lancar.
Lagu kegemaran
mereka berdua di mainkan.
"Adam"
"Hmmm"
Adam memegang
tangan isterinya.
Cepatnya masa
berlalu.
"Nur takut
nak jadi tua"
"Kenapa?"
"Because,
when I'm old. I might be deaf. And if I did became deaf, I can't hear your
voice, your song. And this routine, will be meaningless"
Adam tersenyum.
Tangannya
menggenggam erat tangan Nur.
"Nur, tutup
Ipod tu"
Ipod tersebut di
tutup.
"It will
still be the same"
Nur memandang
Adam.
"Even without
the voices?"
"Even without
the voices. The routine is not meaningless because I still have you"
Dan kali ni, rutin
mereka masih sama. Cuma tiada lagu yang dimainkan kerana, :)
Faham-faham
sendiri la. I'm not going to the jiwangs part. Heee.
End.
No comments:
Post a Comment