Yusuf pandang isterinya atas
bawah.
Aik? Tadi bukan main lagi ayu
dengan baju kurung. Dah tukar baju dah?
"Yusuf cuba la ubah
Izureen tu. Mama boleh harap dekat Yusuf ja"
Kata-kata mama Izureen
kembali terngiang-ngiang di telinganya.
Nampaknya aku sibuk la lepas
ni.
Izureen duduk bersila di atas
katil.
Wajah Yusuf dipandang.
Not bad la muka Yusuf ni.
Skala 1 sampai 10. dapat 9 la sebab bonus part tang badan tu.
Gatal kau, Iz. usha sampai ke situ.
Yusuf duduk di atas sofa
bertentangan dengan Izureen.
"So...."
Yusuf membuka mulut.
Dalam hatinya jangan la Zureen ni baling henset dia. fuuhh. fuhhh.
Izureen mengangkat keningnya.
"So. Apa?"
"Okay. First thing
first. No more boxer after this"
Izureen dah ternganga.
Dah guna kuasa dah? Kahwin
tak sampai 24 jam dah nak guna kuasa veto?
Yusuf menjeling tangan Izureen yang dah genggam henset.
Yusuf, steady. steady.
"No way!"
Izureen membantah keras.
dia ulang sekali lagi, aku baling terus henset ni.
"Nak derhaka dekat suami
ke?"
henset dilepas dari genggaman. sentap!
"Bukan macam tu"
Suaranya dikendurkan.
"Lepas maghrib siap. No
more boxer. Titik"
Izureen membuat muka.
Yusuf membuat tidak tahu
dengan muka protes Izureen.
Gila ke hapa? Pakai singlet
gambar tengkorak dengan boxer. Dah serupa lelaki dah aku tengok.
Nasib baik muka feminin habis
tidak aku ingat aku kahwin dengan lelaki dah.
Izureen memandang Yusuf
dengan muka tak puas hati. Nak melawan sat lagi kata aku derhaka.
Aku la, susah betul nak masuk
dengan feel Yusuf ni.
Apa salahnya pakai macam ni?
Style apa?
Rambutnya dikusutkan.
Geramnyaaaaaaaa.
Yusuf tersengih melihat
reaksi bebal Izureen.
Nasib la. I can't tolerate
seeing you wearing this kind of clothes.
Izureen menghempaskan
tubuhnya di atas katil.
Dia membuat silent tantrum.
Yusuf dah rasa macam nak gelak.
Tapi ditahan.
"Bangun pergi ambil
wudhu'. Dah nak masuk waktu"
Izureen bangun pergi ke
tandas.
Sempat dia mengajuk kata-kata
Yusuf.
Kakinya dihentak bila masuk
ke dalam tandas.
Geramnya dengan Yusuf. Boleh
dia buat muka kering ja suruh aku tukar style.
Selepas Maghrib mereka
bertolak ke shopping complex.
Izureen memandang bahagian
baju tidur.
Apa ni? Ngaaaaaa.
Baju tidur ada gambar kartun.
Yusuf dengan selambanya
mengambil sepasang baju tidur gambar arnab.
"Arnab?"
Aku la geli betul tengok baju
tidur arnab ni.
"Tak suruh komen pun.
Pegang dah la"
Izureen mengambil baju dari
tangan Yusuf.
Huwaaaaa. Apa ni.
Tak mahu....
Yusuf tersengih melihat muka
Izureen dah ala-ala macam nak cekik dia bila dia mengambil baju arnab tersebut.
Hahaha. Mesti comel.
Yusuf mengambil dekat 15
helai baju tidur. Semuanya gambar kartun.
Izureen dah rasa macam nak
pengsan bila tengok baju tidur barunya.
Dia duduk bersila di lantai
bilik sambil memandang baju tidurnya.
Yusuf masuk ke bilik sambil
memegang plastik hitam.
"Tukar pakai baju tidur
sekarang. No more boxer"
Yusuf mengeluarkan arahan
ala-ala komando.
Izureen mencapai baju tidur
gambar kartun keroro.
Huhu. Apa la nasib aku.
"Tak mau keroro. Today,
bunny"
Automatik Izureen pandang
Yusuf.
Muka memang tak puas hati
habis. Baju pun nak ditetapkan.
"Jangan usha la muka
hensem ni. Cepat pergi tukar baju"
Izureen mencebik. Hensem
apanya? Muka serupa katak pisang ada hati kata hensem.
Baju tidur bunny di ambil.
Izureen mencampak baju tidur
tersebut bila masuk dalam tandas.
Geramnya. Aku rasa macam nak
sumbat je baju tu dalam mulut dia.
"Tukar baju cepat.
Jangan duk merungut"
Yusuf menjerit dari luar.
Izureen menghentak kakinya.
Geram. Geram. Geram.
Selesai menukar baju, dia
keluar dari tandas.
"Bagi boxer tu"
Boxer ditangan di sua.
Yusuf mencampak boxer Izureen
ke dalam plastik hitam bersama-sama dengan boxer-boxer nya yang lain.
Izureen hanya mampu memandang
dengan sayu.
Boxer-boxer ku. Tsk. Tsk.
Tsk.
Bersemadilah dengan aman.
Singlet-singlet nya juga
sudah selamat dikebumikan bersama boxernya.
Yusuf membuat muka kering.
Selamba ja dia mengikat
plastik sampah dan membuangnya.
Muka Izureen yang sedih tak
dipedulikan.
Tak kisah la nak buat muka
sedih ala-ala ratapan anak tiri pun. Tak layan.
No comments:
Post a Comment