Dia menyumbat kek coklat ke
dalam mulutnya.
Lambatnya. Haih. Nasib baik
la orang tersayang perangai macam ni.
"Sorry lambat"
Mawar mencebik bibirnya. Dah
terlalu lali dengan sikap Aidil.
Aidil duduk di kerusi
menghadap Mawar.
Tangannya melambai memanggil
waiter.
"Kek coklat 2 slices,
one mocha and one orange juice"
Aidil memandang muka kering
di buat Mawar.
"Lambat 2 minit ja
sayang"
Mawar angkat kening. 2 minit?
"Okay-okay. 5 minutes
late. Sorry"
Lagi tinggi kening Mawar
terangkat. Now 5 minit?
"Sorry sayang. 20
minutes late. My bad"
Mawar memandang tajam wajah
Aidil. Menyuruh Aidil memberi penjelasan.
10 minit boleh tahan lagi. 20 minit? I could have buy a new shoes using that 20 minutes.
"Seriously bukan sebab I
tackle awek cun yang pakai baju hot pink tepi kedai antik dan bukan sebab awek
cun tu jual mahal"
Pecah tawa di bibir Mawar.
Tahu dah dengan perangai
Aidil yang boleh tahan buaya darat. Dia sendiri pun tak faham kenapa dia masih
lagi boleh bertahan dengan Aidil padahal mamat tu kasanova buaya tembaga.
Aidil memandang wajah Mawar.
Hanya gadis ini yang mampu
bertahan dengannya. Bukannya, Mawar tak tahu perangainya yang suka usha dan
tackle awek, Mawar tahu tapi dia steady je. Awek sebelum ni, boleh tahan
seminggu ja dengan perangainya. Tapi Mawar, dah 2 tahun.
"Sorry lambat"
Mawar ditarik kembali ke alam
nyata.
Automatik bibirnya terukir
senyuman.
Dah terbiasa.
"Baru habis kerja"
Mawar sekadar mengangguk. Faham.
Kalau dulu lambat sebab
tackle awek, sekarang lambat sebab kerjanya yang bertimbun.
Tangannya mencapai sudu di
tangan Mawar.
Kek coklat di sumbat ke dalam
mulutnya.
Mocha Mawar di sedut.
"How was your day
today"
"Okay. I pergi melawat U
kita dulu"
Mawar tekun membaca lecture
note yang diberi Azim.
Mak aii. Panasnya hari ni.
Kafe oii. Bila nak pasang air cond.
Telinganya tiba-tiba
terdengar gelak tawa suara yang amat dikenalinya.
Kepalanya diangkat memandang
Aidil yang sedang elok berkepit dengan mangsa barunya.
Mawar sekadar menggeleng.
Pantang nampak dahi licin, terus sapu.
Aidil.. Aidil.. When will you
change.
Mawar kembali menumpukan
kepada lecture note.
Aidil memandang Mawar yang
sedang tekun membaca lecture note.
Punya la kuat dia gelak cuba
menarik perhatian Mawar tapi tak berjaya.
Dia bangun tinggalkan Ziana begitu sahaja.
Kakinya laju melangkah ke
arah Mawar.
Mawar mengangkat wajahnya
apabila rasa seperti ada orang duduk di hadapannya.
Aidil.
Dia kembali fokus kepada
nota.
"You tak jealous?"
"Jealous"
"Dah tu. Kenapa tak
ambil tindakan pun. Slap me. Tarik rambut that girl ke"
"I tak suka buat
kecoh"
"You tak nampak macam
jealous pun"
Mawar memandang wajah tidak
puas hati Aidil.
Bibirnya terukir senyuman.
"You are upset"
"I am not"
"Aidil. You. Are.
Upset"
"No. I am not. I rasa
macam you tak sayang I"
"Aidil. I memang jealous
tengok perempuan lain dengan you. Tapi takkan la I nak tampar bagai buat hal,
buat kecoh. Itu hak you. You just boyfriend I. Bukan husband I pun. I tak ada
hak nak halang you. Takkan sebab I nampak tak jealous, I tak sayang you"
Wajah tenang Mawar dipandang.
"Then marry me"
Mawar mengutip semua notanya.
"You pergilah dekat
Ziana tu. Dah berpeluh budak tu I tengok"
"Are you rejecting my
proposal?"
Mawar diam sambil mengemas
barangnya.
Beg sandangnya di sandang.
Aidil dipandang sekilas.
"Hantar rombongan Sabtu
ni. Dah pergi dekat Ziana. Assalamualaikum"
Mawar meninggalkan Aidil yang
terkedu seketika.
Bibirnya terukir senyuman.
Telefon bimbit di poket di
capai.
Nombor telefon Ibu di dial.
"Ibu, Aidil nak
kahwin"
Aidil memandang wajah Mawar
yang ceria dan mulutnya seperti pop corn menceritakan harinya di U.
"You know what dah ada air cond dekat Kafe. Tak adil betul"
Pecah tawa di bibir Aidil.
Mawar lepak di tepi tasik U.
Hmmm... Tidak jauh dari situ,
dia ternampak Aidil sibuk mengayat budak tahun dua.
Haih. Sabo je lah. Tak padan
lagi sebulan nak kahwin, perangai makin menjadi-jadi.
"Mawar"
Mawar mengalih pandangannya
dari Aidil yang sibuk mengayat budak.
Azim.
"Awat?"
Muka budak ni pasal pa
serabai sangat. Ada probs dengan assignment ke?
"Kau nak kahwin
ke?"
"Hmmm. Aidil hantar
rombongan 2 bulan lepas. Kenapa?"
Pergelangan tangan Mawar
dipegang.
"Eh. Apa pegang-pegang
ni. Lepaslah"
"Kenapa dia, Mawar?
Kenapa bukan aku?"
"Kau merepek apa ni
Azim?"
Mawar berundur hingga dia
terperangkap di antara dinding dan Azim.
"Kau tahu kan aku sayang
kau? Kenapa kau pilih dia yang kasanova berbanding aku. Apa kurangnya aku"
Mawar cuba melarikan diri
tapi Azim pantas memerangkapnya dengan melekapkan tangannya ke dinding.
"Azim. Kau tak de apa
yang kurang. Aku sayang dia. Accept that. Aku tahu kau boleh jumpa gadis yang
better lagi dari aku"
Azim mengeluh.
"Tapi aku.."
"Keep looking Azim. One
day you will found your Hawa"
Azim berundur ke belakang.
"Sorry about that"
"Tak pa. Mawar
faham"
"We are still friend
kan?"
"Kalau kau buat lagi
perangai yang boleh buat aku kena heart attack. Kau kawan dengan tapak
kasut"
Pecah tawa.
"Thanks"
Mawar ternampak Azim.
Tangannya automatik melambai
memanggil Azim.
Aidil membuat muka. Jealous
la tu.
Mawar mencuit bahu Aidil.
Dia duduk menghadap Aidil.
Aidil sekadar memandang Mawar
2 saat kemudian kembali memandang notanya.
La, kenapa dengan dia ni. Dah
2 minggu tak teks, tak call. Tak rindu aku ke?
Memang la Aidil ni jenis
pantang nampak perempuan dahi licin tapi dia tak pernah lupa nak bagitau dia
dengan sapa or setakat tanya khabar. Ni khabar berita pun tak dak. Yang dia
tahu, Aidil still sibuk mengayat budak-budak baru.
Aidil menyabarkan hatinya.
Jangan marah Aidil, tanya dulu sebab dia buat macam tu.
"Ask her first Aidil.
Jangan tuduh melulu"
Kata-kata ibu
terngiang-ngiang di telinganya.
"You ni kenapa?"
"You curang dengan
I"
Aidil oi, cuba jangan
gelojoh. Ni straight to the point terus kenapa. Nasihat ibu seolah-olah masuk
telinga kanan keluar telinga kanan juga.
"Bila masa pula"
"I nampak you dengan
Azim dekat tepi tasik"
Berbara hatinya bila melihat
drama spektra di antara Azim dengan Mawar. Nombor telefon Jenny pun dia tak
dapat sebab terlalu marah. Tunang curang satu, nombor telefon Jenny pun
melayang.
Mawar tiba-tiba sengih.
"You are jealous"
"Tak. I marah sebab you
pegang tangan dia"
"Jealous"
Pecah tawa di bibir Mawar.
Rasa tergugat la tu kedudukan
dia. Heh. Bagi dia rasa la apa yang aku rasa.
"Aidil, we are not
married yet. I boleh buat apa yang I suka"
Membulat mata Aidil.
Hatinya tiba-tiba hancur.
"But, why? Why
now?"
Mawar tidak mampu
menyembunyikan senyumannya. Nak gelak ni tengok muka Aidil yang sedih ni.
"Saja. You asyik tackle
awek ja, I pun nak jugak tackle buat stok masa bosan"
Aidil menundukkan wajahnya.
Adakah ini balasan yang aku kena
terima sebab tak setia?
Wajah Mawar ditatap. Wajah
gadis yang amat dicintainya tersenyum menghancurkan hatinya.
"You tak cintakan dia
kan?"
"Kalau I kata ya?"
Aidil memandang Mawar.
Hancur. Hati.
Aidil mula mengemas
barangnya.
Dia memandang wajah Mawar.
Maybe this will be the last time we meet.
"I doakan you
bahagia"
"Aidil. Wait"
"I will tell my mom to
cancel the wedding. Don't worry"
"Tapi Aidil"
"You can keep the ring.
Anggap je la wedding present for you and him"
"Aidil. Will you just
listen"
Aidil menoleh memandang
Mawar.
"Bang bang boom,
baby"
Terlepas tawa Mawar.
Drama betul Aidil ni. Aiceh,
gaya konon habis pasrah dan macho la ni.
Aidil kaget.
Bang? Bang boom?
Membulat mata Aidil.
"You lie"
"Sapa suruh
percaya"
Mawar gelak sepanjang hari.
Aku ni bakal kahwin dengan pelakon ke? Drama habis.
Azim bersalam dengan Aidil.
"Kau sihat Mawar?"
"Alhamdulillah
sihat"
Wajah Aidil yang tak puas
hati di buat tak endah.
"Kau dari mana ni?"
"Teman wife shopping.
Dah kahwin kenalah jadi tukang angkat barang sekali"
Aidil tiba-tiba terasa lega
sangat.
"Okay lah. Nanti my wife
cari pula. Assalamualaikum"
Mawar mencubit pipi Aidil.
"Dah besar ni pun nak
jealous lagi"
Aidil kembali menyuap kek
coklat ke dalam mulutnya.
Musuh dah pergi, boleh
sambung makan dengan tenang.
"Aidil"
Suzy memanggil manja.
Aidil menoleh. Aduh. Dia
lagi.
"You nak pergi
mana?"
"Balik"
Cepat blah, cepat la tak
nampak muka minah ni.
Refleks, Suzy memeluk
belakang Aidil.
"Please don't leave
me"
Suzy menangis. Aidil dah tak
senang hati.
Baru dia hendak merungkaikan
pelukan Suzy.
Dia terlihat wajah Mawar.
Kecewa.
"Mawar this is not what you
think"
Mawar berlalu. Aidil hendak
mengejar Mawar tetapi Suzy mengetatkan pelukannya.
"Suzy, please. We are
over"
Pelukan Suzy berjaya
dirungkai.
Aidil meninggalkan Suzy.
Mawar.
"Suzy kirim salam"
Tersedak Aidil.
Huh?
Aidil memandang wajah beku
Mawar.
"You tak marah
kan?"
"Tak"
Aidil menggaru belakang
telinganya.
Tak marah? Betul ke ni? Gaya
macam marah ja?
"I sibuk ni. Ada apa-apa
hal lagi ke?"
Think fast Aidil.
"Its not what you
think"
Mawar menjongketkan
keningnya. Pandangan Mawar seolah-olah 'oh really?'
"I didn't hug her"
"She hugs you" laju
Mawar memintas.
"I try nak rungkai
pelukan tu"
"But she won't let
go" Mawar potong lagi kata-kata Aidil.
"Any explanation?"
"I try to find you"
"But I was nowhere to be
found"
Aidil mengeluh.
"You don't trust
me?"
"Are we done here? I
really don't have time for this"
Mawar bangun meninggalkan
Aidil.
Serabut.
"Dia pensyarah dekat
situ"
"I don't care"
"But I care"
"She said that she was
sorry"
Mawar pandang Suzy.
"He said that we are
over"
Suzy pandang Mawar sambil
membuat muka.
"Drama la laki kau"
Pecah tawa Mawar.
"Tau tak pa"
"Dah berapa hari
merajuk?"
"2 days"
"Bila dia nak pujuk
ni"
"Entah"
"You pekena I"
Pecah tawa Mawar.
Aidil menggeleng kepalanya.
Mawar sedang bersembang
dengan rakan sekelasnya.
Dia bangun untuk membeli kek.
"Mawar kan?"
Mawar mengangguk. Siapa gadis
ni?
"Here"
Mawar mengambil setangkai
bunga mawar. Kad yang tergantung di baca.
"I"
Datang lagi seorang gadis.
Memberi mawar bunga.
Perkara ini berulang.
Bibir Mawar tiba-tiba
tersenyum.
"I AM SORRY"
Mawar pusing.
"I mean it"
Aidil pandang Mawar.
"Don't ever leave me. I
memang buaya. You know that. But this buaya, he only loves you"
"Suzy cakap dia suka
ayat yang you cakap kat I"
"I saja je nak tengok
you pujuk I macam mana"
Aidil menggelengkan
kepalanya. Nasib la girlfriend kaki mengusik.
"Tapi siapa budak-budak
yang bagi I bunga ni?"
Aidil sengih.
"Bakal madu-madu
you"
Laju Mawar mencubit lengan
Aidil.
"Ex I. I minta tolong"
"Banyak nya"
"Eh. Sikit je tu. Ada
banyak lagi"
Pecah tawa Mawar. Memang aku
bakal kahwin dengan kasanova.
Mawar teringat kata-kata ex
Aidil tadi.
"You are one lucky
girl"
"Sebab?"
"Berjaya buat Aidil
setia dekat you. He loves you like a lot"
Aidil menarik Mawar ke
sisinya apabila ada troli lalu.
"Duduk tepi ni. Jom
makan"
"Kalau Suzy suka ayat I,I
lagi suka bila tengok muka terharu you tu"
Mawar mencebik.
"Sekali tu je"
"Banyak kali la
sayang"
Mawar menyanggul rambutnya.
Dah makin berisi semenjak dua
menjak ni. Nak kena diet ni.
Mawar berjalan ke arah tempat
lepak biasa.
Langkahnnya terhenti apabila
ternampak Aidil sedang mengayat budak-budak junior.
Dia ni la.
Dengan selamba Mawar berjalan
ke arah mereka dan menarik telinga Aidil.
"You jangan nak
menggatal"
Aidil sengih.
"You jealous?"
"Mesti la. You kan
husband I"
Mawar memeluk tubuh.
Dah kahwin pun gatal lagi.
Aidil memeluk isterinya dari
belakang.
"I suka bila tengok you
jealous. It means that you love me"
Mawar tersenyum.
"And I love you. You
jangan risau, you still nombor satu dalam hati I"
"Walaupun nanti I dah
tua berkedut. You still sayang I?"
"Insya-Allah. I love you
till Jannah. Walaupun you dah berkedut sejuta, bagi I you tetap the cutest and
the sexiest"
Pecah tawa.
"Boleh pula macam
tu"
Aidil kembali menyuap kek
coklat ke mulutnya.
Tiba-tiba ternampak dua orang
gadis seksi lalu di tepi meja mereka.
Aidil mengenyit mata kepada
mereka.
Membulat mata Mawar.
Tangannya laju mencubit
tangan Aidil.
Aidil gelak.
Tangannya memaut dagu Mawar.
"No matter what. You are
still the cutest and the sexiest"
"Walaupun I sekarang dah
tua?"
Aidil memandang wajah Mawar.
Ya, umur mereka dah dekat 55
tahun.
"You kedut macam mana
pun, bagi I you are still the cutest and sexiest. Full stop"
Tangannya menggenggam tangan
Mawar.
"I will love you till
Jannah. Insya-Allah. So, bear with me baby"
Mawar tersenyum.
"See. You dah buat muka
terharu you tu"
"Aidil!"
Pecah tawa di bibirnya.
Aidil ni spoil moment feeling
ja.
Semoga mereka kekal bahagia.
Insya-Allah.
P/s: Bold=present.. :)
can't accept that mawar bleh tahan.. sapa sanggup tahan perangai kasanova mcm tuh... haih... tapi, apa pon citer ni mmg best!! thumbs up!
ReplyDeleteThanks...:) sorry for the late reply...
Delete