Assalamualaikum

I'm a newbie jadi cerita pun tak segempak~
But I hope you guys enjoy baca :)

Wednesday 5 December 2012

[2]

Anis mempercepatkan langkahnya.

"10........9........8......7.....6......."

Anis yang tadi berjalan terus mula pecut.

"Kurang asam. Sapa la yang main kira ni" Anis gumam rendah.

Pelajar mula bertaburan lari ke arah dewan.

"2........1............0......"  Danny sengih.

Anis tercungap-cungap. Penat seyh.

Pecut dari dorm sebab tertinggal name tag.

"Siapa yang tak berada dalam barisan berdasarkan warna name tag dalam masa 15 saat akan di denda"

Suasana dewan menjadi riuh.

"Pink" jerit seorang anak muda.

"Biru muda!" "Ungu!" "Hijau!"

Anis dah mula pening. Name tag nya dipandang. Ungu!

Tak silap tadi ada dengar orang jerit Ungu tapi dekat mana?

Anis tegak berdiri. Orang lain dah mula berlari bila Danny mempercepatkan kiraannya.

"0" Danny pandang sekeliling.

Ada yang tengah cari lagi kumpulan. Ada yang duduk lega kerana berada dalam kumpulan.

"Di sebabkan ada yang tak berada dalam kumpulan masing-masing. Semua akan di denda"

Jet, Ash dan Azim sengih nakal.

"Sekarang semua berada dalam kumpulan masing-masing"

"Okay. Kita mulakan dengan kumpulan Oren. Lari keliling maktab 1 pusingan"

Ahli kumpulan Oren tercengang. Biar betul. Dah maktab ni sikit punya besar.

"Mulakan sekarang. Tidak tambah lagi 2 pusingan"

Pelajar kumpulan Oren mulakan larian, diikuti warna Biru, Ungu,Hijau, Pink dan seterusnya.

Kurang asam pedas punya senior.

"Cukup dah 1 pusingan?" Danny bertanya kepada ahli kumpulan Oren yang tercungap-cungap kepenatan.

Mereka mengangguk.

"Masuk dewan"

Danny pandang pelajar yang keletihan.

Tamat ja larian para pelajar berkumpul di dalam dewan.

Ash berdiri di atas pentas.

"Okay, setiap kumpulan akan ada dua orang faci. Kalau ada apa-apa masalah boleh merujuk faci"

Anis pandang facinya.

"Okay. Nama Abang Muhammad Aakif. Panggil ja Abang Aakif. Ni kawan Abang. Nama dia Nur Khayla. Boleh panggil Kakak Khayla" Aakif bersila di tengah bulatan.

Khayla masuk dalam bulatan dan duduk di sebelah Aakif.

"Kita mulakan dari adik yang pakai baju hitam tu"

Hakim sengih. "Nama saya Hakimi. Nama manja Kimi. Nama tak berapa manja Hakim" pecah tawa yang lain.

"Nama saya Zarul. Boleh panggil Arul"

Anis pandang Hakim. Tak perasan pun tadi ada Hakim.

Apa punya nasib yang aku dapat.

"Nama saya Hanis Nadia. Boleh panggil Anis"

"Okay, ada apa-apa soalan?" Khayla pandang juniornya.

"Kakak dah ada pakwe?" Muka Khayla merah.

"Kenapa tanya?"

Hakim sengih. "Nak tackle akak la"

Aakif senyum. "Sorry dik. Yang ni tak available dah. Abang dah 'chup' dia dulu"

Muka Khayla merah.

"Ala, melepas la" Hakim pura-pura sedih.

Pecah tawa yang lain.

No comments:

Post a Comment