Assalamualaikum

I'm a newbie jadi cerita pun tak segempak~
But I hope you guys enjoy baca :)

Saturday 29 October 2011

Kerana Bateri (2)


Mira membuat muka.

Banyak-banyak tempat, kenapa mesti mamat ni hidup berjiran sebelah apartment sewa aku. Bukan main banyak tanah dekat Malaysia ni, kenapa mesti di sini. Kenapa mesti duduk sama tingkat.Kenapa baru sekarang dia prasan kewujudan mamat ni. Kenapa,kenapa dan kenapa.

Danish menarik segaris senyuman.

“Well, we meet again” senyuman di bibir masih belum pudar.

“Dey Uncle, banyak-banyak tempat kenapa pilih nak hidup berjiran dekat sini. Tanah dekat Perak luas tau tak. Kenapa pilih nak tinggal dekat sini” makin lebar senyuman di bibir Danish mendengar ayat-ayat-tak-menusuk-kalbu Mira.

“Firsly, Little Missy, I’m not your Uncle and I’m only 26. Secondly, tanah dekat Perak memang luas jadi tak salah saya nak duduk dekat sini. Duit saya, suka hati saya la nak beli tanah dekat mana” Mira menjeling geram.

“Miss, jangan la jeling-jeling manja. Saya terpikat nanti” Danish sengih mengusik.

“Takde masa saya nak jeling manja dekat awak. Dah ar, layan awak ni buat prabis masa ja” Mira mula menapak masuk ke dalam apartmennya.
“Awak, saya tak suruh pun buang masa layan saya. Awak yang suka prabis masa layan saya. Jangan la malu nak mengaku” pantas Mira membaling kasut tumit tinggi milik Etul ke arah Danish.  

“Tak kena!” Daniel berkata lalu tergelak kecil melihat kasut tumit tinggi 3 inci yang tersasar jauh sampai ke pasu.

Nasib sempat mengelak, tidak koma sebulan.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Hi awak" Mira mencebik mendengar suara Daniel.

"Assalamualaikum" balas Mira. 

Ambik kau. Kan dah kena sindir~

"Wa'alaikumusalam" Daniel tampak selamba menjawab salam. Muka tetap tak berubah riak. Masih lagi ceria dan bertenaga. seolah- seolah tidak terkesan dengan sindiran Mira.

Well~ 3 bulan kenal Nurul Syamira membuatkan harinya bertambah ceria. Dah terbiasa kena sindir hari-hari. Mula-mula tegur, memang si Mira ni buat derk ja. Buat macam dia ni tunggul kayu. Tapi, lama-lama  si Mira pun buat perjanjian damai. Kononnya malas nak buat perang dengan dia.

 "Mira~ S.M.I.L.E! Jangan la buat muka garang macam tin Red Bull~"  Danish menggunakkan jarinya sambil menunjukkan smile di bibirnya.

Mira mengajuk cara Danish menyuruhnya senyum. "Happy?"

Danish menggelengkan kepalanya. "Mira senyum tak nampak ikhlas. Macam kena paksa"

Mira menarik senyum yang lebih lebar.

Habis ikhlas aku senyum ni. Rasa macam nak terkoyak mulut ni bila senyum lebar sangat. Kalau si Danish ni kata tak ikhlas jugak, memang aku bagi dia breakfast dengan stoking koyak aku ni. Biar kasi masuk hospital terus.

Danish menarik segaris senyum.

"You know what Mira?"

"Apa?"

"Your smile are sweet like candy, your smile makes the world stop for awhile and makes me forget all my problem" Danish berkata perlahan tapi masih lagi dapat didengari Mira.

Mira mencebik.

"Sejak bila kau reti bermadah ni? Geli la weyh" Mira membuat aksi geli gelemannya yang mengundang tawa Danish.

Lesung pipit Danish jelas ternampak membuatkan Mira terkaku.

ComeL~

cepat-cepat Mira mengalihkan matanya ke tempat lain apabila Danish tersedar bahawa dirinya diperhati.

Pe kes yang kau renung muka mamat ni. Buat malu kaum ja~

"Kau kenapa? Muka tiba-tiba ja merah?" Danish menarik senyum nakal.

"Kau terpikat eh? " Muka Mira merah lagi.

Tiba-tiba aku rasa macam nak sorok ja muka dalam tanah. Yang si Danish pun satu. Pe kes senyum macam tu.

"Dah ar. Aku tak bagi lagi Ketot makan lagi. Assalamualaikum" berdesup Mira lari masuk kembali ke dalam rumah.

Danish tergelak kecil melihat telatah Mira. Salam Mira dijawab.

Little Missy. I will make you fall for me coz I'm starting to fall for you. :)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Mira~" Mira terdiam. Janganlah panggil lembut sangat. Satgi cair hati aku ni.

"Mira~"Danish masih lagi memanggil Mira. 

"Danish ada something nak bagitau Mira" Mira hanya menganggukkan kepalanya.

"Danish..... (Danish menarik nafas) Danish sayang Mira" Ais krim Solero yang berada di tangannya hampir sahaja terjatuh. Tiba-tiba muka Mira menjadi merah. M.A.L.U.

"Danish~" Mira meramas jarinya. Dia tertunduk memandang sneaker B.U.M yang dipakai di kakinya.

"Mira tak boleh terima Danish. Mira bakal ada tunang" air mata Mira tumpah.

Dia baru sahaja menerima berita tersebut pagi tadi. Dia cuba menabahkan hati. Cuba menyedapkan hati bahawa Danish mana suka diri dia. Dia hanya tepuk sebelah tangan. Dia cuba meyakinkan dirinya.
Tetapi kini. Keyakinannya hilang. Dia menjadi menyesal kerana tidak membangkang kata-kata Ummi dan abah.Sungguh dia menyesal.

"Mira..." Danish baru sahaja hendak menyambungkan katanya. Syamira sudah bangun meninggalkan dirinya.

"Mira! Tunggu" tetapi kelibat Mira sudah tiada. Mira langsung tidak memandang wajahnya.

Danish meraup mukanya.  Mira~

2 minggu kemudian,

Mira menitiskan air matanya buat kesekian kalinya. Danish~

Cincin belah rotan yang tersarung di jarinya di pandang sepi. Danish~ I loved you.

"Weyh, kau dah bertunang. Kau tak nak jumpa tunang kau ke?" Etul sengih mengusik.

Mira hanya menggelengkan kepalanya.

"Ala. Jom la. Aku tengok hensem gila bakal laki kau. Jom la" Etul menarik tangan Mira. Mira hanya menurut.

"Ha Mira. Tu tunang kau" Etul menunjuk ke arah jejaka tersebut. Mira tidak mengambil pusing. Yang ada di fikirannya hanya Danish, Danish dan Danish.

"Weyh. Dia datang sinila. Aku blah dulu" Etul meninggalkan Mira dengan jejaka tersebut.

"How are you?" Mira tersentak. That voice.

"Shock?" Mira memandang Danish.

"Danish?" Danish tersenyum.

"Surprise!" Mira terdiam.

"Danish nak bagitau hari tu yang Danish yang hantar rombongan meminang. Tapi, Mira dah lari pecut macam Watson Nyambek" Mira tersengih.

Buat prabes air mata aku ja keyau hari-hari.

"Mira. Danish harap yang Mira sudi jadi bateri everlasting Danish" Mira tergelak.

"Mira sudi. Danish pun kenala jadi bateri Everlasting Mira jugak" Danish mengangguk kepalanya.

Kerana Bateri mereka bertemu. Mereka mula mengenali satu sama lain dan mula mengetahui bahawa Cinta boleh dipertemukan di mana-mana sahaja. Termasuk di kedai mamak. :)

2 comments: