Assalamualaikum

I'm a newbie jadi cerita pun tak segempak~
But I hope you guys enjoy baca :)

Monday 4 June 2012

[1]

"Pendek?!"

"Galah?!"

"Kita satu maktab?!" serentak mereka bersuara.

"Urgh! Malang gila!" Anis berkata sambil membuat muka sedih.

"Apa pula nasib kau malang! Nasib aku malang square tahu tak!" Hakim membalas sambil membuat muka sedih. Konon frust gila!

"Weyh pendek! Kenapa pilih maktab dekat sini! Banyak lagi kan maktab dekat Malaysia ni"

Hakim membuat muka.

"Sukahati je panggil aku pendek. Kau tu yang pendek sekarang Galah!"

Anis memandang Hakim atas bawah. Ya betul! Dia dah tinggi. Dulu masa form 1 boleh la mengutuk dia. Lepas ja dia  pindah  Kami dah tak berjumpa dah.  Kut nak contact aku walaupun musuh tradisi la katakan tapi dengan member yang lain dia contact. Aku je dia tak contact. Huhuhu.

"Kau dah tinggi. Makan apa? Calcium?"

"Aku tak makan la Calcium. Aku tinggi semulajadi ar. Kau tu kenapa makin pendek? Tak makan Calcium ke?"

Kaki Hakim ditendang.

"Bengong ke hapa kau ni? Aku tak makin pendek la. Aku just tak bertambah ketinggian" 

Hakim tersengih.

Tak pernah berubah!

Anis menumpukan perhatian dia untuk mendengar taklimat dihadapan.

"Kau dapat homeroom mana?"

"Yati" Anis membalas pendek.

Dia masih fokus mendengar taklimat dihadapan. Ibu dan ayah sedang beramah mesra dengan ibubapa si Hakim.

"Kau dapat kelas mana?" Hakim bertanya untuk menghilangkan bosan.

"4 Alch"

"Para pelajar boleh bersurai. Selepas solat Isyak, para pelajar boleh berkumpul di dalam dewan untuk memulakan Orientasi.




No comments:

Post a Comment