A new update. Yay.. thank you guys for
still putting up with me. Thank you. Thank you. Thank you.
Hatinya berbunga-bunga mengenangkan esok
genap setahun perkahwinan dia dengan Yusuf.
Dia tahu Yusuf sibuk kebelakangan ini
dengan projek mega semua entah apa yang dia usahakan itu.
Birthday dia 2 minggu
lepas pun Yusuf lupa inikan anniversary sendiri yang masih lagi awal di usia
muda.
Tetapi itu semua sedikit pun tidak
mengundang kecewa di hati sepenuhnya kerana dia faham Yusuf sibuk mencari
rezeki demi dia juga. Kecewa sikit sahaja, tak banyak sebab dia mahu menjadi
isteri yang tidak mudah melatah atas benda yang mudah.
Telefon bimbit di atas meja dicapai. Kena
minta extra help ni. Mahu sakit kepalanya nak cari hadiah buat Yusuf.
Untung tengah cuti semester. Tak adalah
kelam kabut sangat.
“Assalamualaikum. kak”
“Waalaikumusalam ”
Puas dia memujuk nur memanggilnya Zureen
tapi Nur ni boleh buat selamba cekadak tak pedulikan permintaannya atas dasar
hormat padahal dia tua 2 tahun sahaja daripada Nur.
“Nur sibuk tak hari ini?”
“Tak sibuk. Kenapa kak?”
Dia tersengih, tengok tu, kak lagi.
“Zureen ingat nak ajak Nur teman shopping.
Esok kan anniversary itu yang gagahkan diri nak keluar rumah cari hadiah. Boleh
tak?”
“insya Allah boleh. Tapi ada syarat, kak
kena bahasakan diri kakak sebagai ‘kak’”
Pecah tawa di bibirnya.
Nur. Nur. Pantang betul ada peluang mula
lah dia.
“boleh tak kak?”
Senyuman di bibir belum padam.
”ye la. Ye la. Siap sekarang sebab nak
pergi dalam setengah jam lagi”
“yes maam. Assalamualaikum”
“waalaikumusalam”
Telefon kembali diletak di atas meja.
Kakinya melangkah untuk bersiap.
///
“Nur”
“hmmmm”
“sengih pandang telefon tu kenapa. Naik
seram akak tengok”
Nur tersengih. Mukanya diangkat dari skrin
telefon.
“Adam ni. Banyak sangat bagi pesanan. Macam
nak lepaskan Nur pergi tentera pun ada”
Zureen tersengih. Faham dengan sikap Adam
yang terlalu risau kalau melibatkan jantung hati dia nak keluar.
“Lama dah ke Nur kenal Adam?’
“Lama la juga. Masa tu baru lepas habis
SPM”
“Kenal masa nak pergi buat umrah la”
“A’ah”
“lepas tu balik terus tunang?”
“tak ada la kak. Kitaorang lost contact.
Lama la juga. Masa kenduri Along baru contact balik. Itupun jarang sangat”
“Akak seriously nak tahu cerita korang.
Iyalah, cerita akak, Nur dah hafal. Tapi cerita Nur akak tak pernah tahu
banyak”
“Nantilah bila ada masa Nur cerita. Girls
night sekali lagi nak tak kak?”
“Boleh juga. Nanti kita set lain tarikh”
“orait”
///
Zureen alihkan rancangan di tv tanpa arah
tuju.
Jam di dinding dikerling.
‘9.15 malam dah ni’
Cupcake di atas meja dipandang sepi.
Telefon dicapai, speed dial 1 ditekan.
1 dering. 2 dering.
“Assalamualaikum, Zureen kenapa call ni?”
“Emm. Abang tak balik ke malam ni?”
“You didn’t get my message?”
“Mesej apa?”
Yusof check inbox dia.
1 unsent message.
Dia mengeluh perlahan.
“Sorry. My bad. Zureen, abang tak balik
malam ni. Lepas celebration for the project pukul 4 petang abang terus kena
pergi meeting dekat Johor”
Izureen diam mengigit bibir.
‘Jangan menangis. Jangan menangis. Bukan
salah Yusuf’
“Kenapa tak call Zureen?”
“It slip out of my mind. Sorry”
“Am I not that important?”
“I am busy Izureen. You know that. It’s not
that you are not important, it’s just there’s a lot of things going on here. If
you want to argue over something this small, we can argue it later after I’m
done with all of the work. Okay?”
“Are you implying the fact that me not
knowing your whereabouts is a small matter?”
Yusof memicit pangkal hidungnya.
“Izureen, I really don’t have time for
this. It’s not like today is something special or anything. If you have
anything to tell me, you can tell me now. I’m busy okay”
Menggeletar tangannya. Ringan saja tangan
dia nak baling handphone di tangan. Tapi ditahan. Iphone gila, mana nak cari
duit nak beli baru.
“No. I have nothing to say. Pergi lah buat
kerja, you are after all busy. Assalamualaikum”
Tangannya terus menekan butang end call.
Tangannya mencapai cupcake dan hadiah yang
ada di atas meja lalu dibuang ke dalam tong sampah.
Baru langkah di anak tangga yang keempat,
dia patah balik ke tong sampah.
Hadiah Yusuf dikutip kembali.
‘Mahal ni. Tak boleh buang macam tu’
No comments:
Post a Comment