Not every story
have a happy ending. And not every love story the guy or girl fall in love
back. This is for the people who are broken into pieces. A piece of an advice,
you will meet someone. Someone that will be your complement. So, wipe that
tears, collect the broken pieces, glue them back and keep moving forward.
Yana menoleh
memandang rumah barunya. Dia mula membuat muka.
"Mama,
seriously. We are going to live here"
"Iya lah.
Kamu nak duduk mana lagi. Dekat taman depan rumah ke? Mama okay je. Jimat duit
elektrik bila kurang seorang mama kena tanggung" Puan Ijah sempat memerli Yana.
Yana kembali
memandang rumah barunya. Urgh! Just great! This is just freaking great.
Berat kakinya
hendak melangkah ke dalam rumah tapi dah pindah, Takkan nak tidur betul dekat
taman. Dibuatnya ada anjing jiran datang menyerang sebab kacau kawasan dia
macam mana? Nauzubillah. Minta dijauhkan sejauh-jauhnya. Yana mula meneroka rumah barunya.
Bibirnya tanpa
henti membebel.
Gila la. Duduk
sini. This is just too freaking great. Great la sangat.
Apehal tak ada
ruang. Come on la. Macam mana nak lepak malam-malam. Mama ni. Tanah nak
bercucuk tanam pun tak ada. Simen semua. Aku pula tensyen tengok.
Yana menghempaskan
tubuhnya di atas sofa. Makin teroka rumah makin tensyen.
Bibirnya melepaskan keluhan.
Urgh. I. Hate.
Here.
Gitar yang
tersadai di tepi sofa di capai.
Here, tak ada
Kaoi. Tak ada Laila. Tak ada dah member nak karaoke ramai-ramai.
Tak ada feeling
betul nyanyi dekat ruang tamu ni. Nak
corner lot.
Lagu love story di
mainkan.
Heh! Baru putus
cinta love story la sangat.
Begitu asyik Yana
tenggelam dalam lagu yang dimainkan. Tanpa disedari, ada mata memandang.
Yana membuka
matanya apabila tersedar ada suara berdehem.
Terkelu seketika.
Oh mamma mia.
Ulala.
Oh my god.
Senyuman 5 juta
megawatt memaku pergerakan tangan Yana.
"Sedap
suara"
Merah pipi Yana.
Mamat ni, tahu la aku nyanyi melalak dari tadi. Perli padu ni.
"By the way,
I angah"
Angah? Angah raja
lawak ke? Kalau dia Angah, aku Along. Amacam, geng pak lawak la kita.
Kening di jongket.
"Just call me
Angah. I prefer that"
Yana sekadar
mengangguk.
"Yana"
"Sedap nama.
Sesedap suara tadi" Angah senyum nakal.
Automatik
tangannya mencapai bantal kecil di sisi lalu dilontar kepada Angah.
Pecah tawa di
bibir angah apabila bantal yang dibaling Yana di sambut.
"Eiiii. Bantal
busuk. Dah besar tagun pun ada bantal busuk" sempat dia mengusik.
Yana pandang Angah yang dah keluar bila ada orang memanggilnya.
Tanpa sedar
bibirnya mengukir senyuman.
I guess, I don't
hate this place. Afterall.
xxxxxxxxxx
"Angah!"
Yana menjerit
ala-ala tuan rumah mencari bibik.
"Awatnya"
Angah menoleh ke arah Yana yang kelam kabut turun.
"Hantar Yana
pergi sekolah" sambil membetulkan tudung di atas kepala.
"Kau gila ke apa.
Angah mana reti bawa kereta"
"Pakai
basikal la"
"Banyak
cantik. Mentang-mentang la Angah dah habis sekolah, sesuka hati sesedap rasa
nak buli Angah"
"Boleh
la"
"Kau ingat
sekolah kau dengan rumah dekat, macam surau depan rumah ni"
Yana mencebik.
"Kayuh
sendiri. Angah sibuk"
Sibuk
apakemendanya kalau tengah melepak depan tv orang.
Angah memang dah
dianggap macam anak sendiri oleh mama dengan abah. Tu yang selamba cekadak je
buat rumah orang macam rumah sendiri. Padahal rumah dia tu selang sebuah rumah
je dari rumahnya. Nak kata rumah Angah tak ada Astro, ada ja. Aku pun tak faham
feeling dia ni. Konon feeling la tengok tv dekat rumah aku. Kena suruh abah
kenakan tol dekat Angah ni.
Yana mencapai
basikalnya.
Haih. Nasib la
bila abah dengan mama ada meeting awal pagi.
"Yana"
"Apa dia?
Yana lambat dah ni"
Angah berdiri di
depan pintu. Tangannya mengusap kepala Yana.
"Belajar
rajin-rajin"
"Ye la. Kalau
malas belajar nanti jadi macam Angah"
Angah menyekeh kepalanya.
“Angah top student
okay. Jangan nak buat fakta palsu”
Hatinya
berdebar-debar. Entah kenapa, debaran ini tidak mahu berhenti.
Hati, kau jangan
buat pasal. Ini semua kerja syaitan. Angah tu dikira lelaki yang tak sepatutnya
masuk dalam list future husband. Semua personality dia tak boleh pakai. Dah
macam orang psycho terlepas dari hospital kalau kena mood menyakat dia.
Tapi bila Angah
senyum selalu nak berdebar semacam.
Dah. Dah. Jangan
layan perasaan tu.
"Bye Angah"
Angah hanya mengangguk.
Xxxxxxx
Yana membuat muka.
"Mama. Tak
nak la. Yana tak mahu study sini"
"Ish la budak
ni. Jangan buat hal. Dah sampai sini pun"
Huwaa.. Tak suka.
Apa punya tempat ni. Dah macam penjara Pudu pun ada. Shopping mall pun tak ada.
Yang ada, pasar raya ja. Stres, stres, stres.
Tak mahu masuk
asrama.
"Dah-dah. Pergi angkat barang masuk hostel. Angah
tolong Yana" Ibu Angah mengarah.
"Yana. Biar
Angah angkat yang berat ni. Yana angkat baldi tu"
Yana menurut.
Tak suka. Tak
suka.
Angah yang
menolong segalanya. Cadar siap dipasang oleh Angah. Baju kurung di dalam almari
pun Angah yang tolong susunkan.
"Angah.."
Angah menunduk
memandang Yana yang sibuk melipat pakaiannya di atas lantai. Muka memang macam
nak nangis.
"Tak nak
duduk sini"
Mata Yana berkaca.
Angah menarik nafas panjang.
Macam mana la nak
pujuk dia ni.
Bukan dia tak tahu
betapa Yana memberontak bila kena paksa masuk asrama.
Seminggu Yana
mengamuk masa dapat berita kena masuk sini. Tapi Puan Ijah dengan Pak Cik Ateh
buat bolayan ja.
"Sekejap je.
2 tahun and after that you will be out of here for good"
Air matanya
menitis. Dekat sini tak ada Angah. Nak Angah.
"2 tahun tu
lama la Angah"
"Dah-dah. Tak
nak nangis. Tak comel"
Angah mengusap
kepalanya.
Air mata di pipi
Yana dilap.
"Sekejap je"
Yana mengangguk.
Sekejap je.
"Dah sambung
lipat baju. Nanti orang ingat Angah buli Yana"
Yana menyambung
melipat bajunya. Tapi hatinya memang berat nak duduk sini. Tak boleh ke dia
duduk rumah.
"Kat sini.
Tak nak gaduh-gaduh"
"Hmmm"
"Jangan
nangis"
"Hmmmm"
"Be strong.
Angah tau Yana boleh berdikari"
"Hmmm"
"Dengar tak
cakap Angah ni"
"Angah dah
ulang dekat 15 kali dah"
"Yana kan ada
memori ala-ala ikan emas. Tu yang Angah kena ulang banyak kali"
Spontan tangannya
mencubit Angah.
Pecah tawa di
bibir Angah.
"Be a gooood girl"
"Yes sir"
Yana tunduk memandang lantai.
"Angah datang la melawat"
Angah tersenyum.
"For my unbiological sister, I will"
"Janji"
"Janji"
Sekurang-kurangnya Angah nak datang melawat.
xxxxxx
Lagi 2 hari nak
cuti raya.
Yana mengemas
begnya.
Hoyeah. Balik
rumah.
Bilik riuh dengan
lagu balik kampung. Semua sibuk bersembang pasal baju raya warna apa. Nak makan
kuih raya apa la. Jahit langsir, bla, bla, bla.
Yana memandang
bingkai gambar di meja studynya.
Dapat jumpa Angah.
Dah 3 bulan tak jumpa Angah sebab Angah busy dengan degree.
Tanpa sedar
bibirnya menarik senyuman. Ahaks. Yeay! Dapat jumpa Angah.
“Yana kau jangan
tenung gambar Angah lama-lama. Aku pula naik risau tengok kau”
“Mana ada”
xxxxxxxxx
Yana memandang
gadis yang duduk di sebelah Angah.
"Yana. Salam
bakal kakak ipar Yana"
Yana menyalam
tangan kekasih Angah. Tangannya tiba-tiba sejuk. Bibirnya mengukir senyuman
plastik.
"Bila
kenal?"
"Masa
study"
"Kenapa tak
beritahu Yana?"
"Saja nak
bagi surprise"
"Bila nak
kahwin?"
Tersedak Angah.
"Budak kecik
jangan menyibuk hal-hal rumahtangga orang"
Yana mencebik.
"Kenapa kakak
suka Angah? Bukannya hensem tara mana pun. Mat Bangla jual karpet segak
lagi"
Pecah tawa di
bibir Kak Ma.
"Ish la budak
ni. Angah handsome okay. Tidak tak dapat la tackle Kak Ma. Kan sayang?"
"Ye la
tu" Yana menjulingkan matanya keatas.
Riuh di bibirnya
sekadar menutup sedih di hatinya. Patut lah busy sangat dengan degree.
Yana baring di
atas katilnya.
Tanpa sedar air
matanya jatuh jua. Puas di tahan 2 minggu. Akhirnya jatuh juga.
Setiap hari Angah
cerita pasal Kak Ma. Rasa macam nak baling ja cawan bagi Angah senyap.
Angah ni, boleh
tahan lembap juga. Ke aku yang sendiri abang-zoned kan Angah dulu?
xxxxxxx
Angah memandang
pelik Yana. Selalunya, mulut kecoh sampai dia sendiri perlu menyuruh Yana
senyap. Tapi hari ni sepi.
Selepas raya tahun
lepas. Dah tak ada call dari Yana. Balik pun tak bagi tau. Senyap macam tu ja.
Dulu bukan main
nak keluar dari asrama secepat mungkin. Ni tidak. Diam je. Nak kata dia ada
buat Yana terasa hati. Tak ada pun sebab elok ja Yana bergelak dengan dia tahun
lepas.
Angah memandang
sekilas muka Yana yang tidak beriak.
"Angah ada
buat Yana terasa ke?" Matanya masih tekun memandang jalan dihadapan.
"Tak
pun"
See. Sepatah ja
dia jawab. Selalunya berkajang-kajang jawapan dia.
"Macam mana
last paper SPM. Okay?"
"Okay"
Yana mengambil
headphone yang tersangkut di leher lalu diletakkan di telinga.
Baik pura-pura
tidur. Mama pun satu bukan nak bagitahu yang Angah tolong ambilkan Yana sebab
Mama busy. Nasib baik tak lari balik masuk asrama.
Angah mengeluh.
Apa salah aku.
xxxxxxxxxx
Angah memandang
Puan Ijah.
"Bila masa
pula Yana buat A-Level?"
"Dah seminggu
Yana buat"
"Dia guna
result trial?"
Puan Ijah sekadar
mengangguk.
"Dia tak
bagitau Angah ke?"
"Tak"
Angah meraup mukanya. Selalunya,
apapun, Yana mesti beritahu dia. Even dia bunuh lipas pun, Angah orang first
yang tau.
Sekarang, bukan takat lipas, buat A-level pun tak bagitau.
What did I do wrong?
xxxxxxxxxx
Yana memandang
Angah.
"Angah, lagi 20 minit untuk
check in ni""
"Apa salah
Angah?"
Yana diam.
"Apa salah
Angah?"
Angah mengulang
lagi. Kali ini suaranya sedikit keras.
“Angah cakap apa
ni?”
“Don’t lie to me.
If you are saying nothing’s wrong, that’s just bullshit because both of us know
there’s something wrong”
"You done
nothing wrong. Yana yang salah"
"Apa salah
Yana sampai nak mengelak Angah ni? Dah bertahun tak tegur Angah. Ni nak study
oversea pun, Angah tahu dari mulut mama tau. Angah tahu semalam tahu tak?
Itupun kebetulan. Kalau tak, dua minggu lagi baru Angah tahu kot. So explain
Liyana"
Yana mengeluh.
"Angah, Yana
tak nak miss flight Yana"
"Tell me.
Then, I will let you go. Yana nak pergi sampai Antartika pun Angah tak halang
dah"
"Because
Angah. I like you a lot not in sister brother way but like a girl boy way. And
the worst part is, you don't even like me. You like Kak Ma"
Angah meraup
wajahnya.
"Yana tahukan
that Angah anggap Yana sebagai adik ja"
"I know. I
know. I know about that fact clearly and that is why I will be back when I'm
ready. I just need some space and time"
Angah diam.
"Angah, just let me be like this"
"Sampai bila, Yana?"
"Until I'm okay with it"
Angah mengangguk.
"Dekat sana jaga diri betul-betul"
Yana mengangguk.
"Dah pergi cepat. Kalau terlepas flight Angah tak nak hantar naik
perahu"
Yana tersenyum.
“I know”
xxxxxxxxxx
Dah 4 tahun Yana.
Not a single
letter. E-mail. No calls. No text messages.
Nak tau
perkembangan dia pun, kena tanya Puan Ijah.
Angah memandang ke
luar tingkap.
Tiba-tiba badannya
dipeluk dari belakang.
"Kenapa
sayang?"
"Angah rindu
Yana"
Kak Ma tersenyum.
"She will be
back. You know that"
I know that.
Tapi, bila?
xxxxxxxxxx
Angah memberi
salam.
Aik. Mak Cik Ijah tak ada ke? Tapi pintu tak
berkunci.
Matanya terpaku
pada sekujur tubuh yang sedang membasuh pinggan.
Mak cik Ijah ke
tu? Rasa macam semalam jumpa tak ramping macam tu.
It can’t be.
"Li…Liyana?"
Perlahan-lahan
tubuh itu memusing menghadapnya.
Bibirnya menguntum
senyuman. Kali ni, tak ada paksaan di bibirnya.
"I'm back,
Angah"
Angah diam tak
terkutik.
“Yana?”
“You are not
dreaming right now. So, boleh tutup kut mulut tu”
Tawa kecil
terlepas dari bibirnya melihat Angah macam tak percaya.
"For
good?" Perlahan suaranya bertanya. Takut Yana hanya pulang untuk masa yang
singkat.
"Insya-Allah.
For good"
"Miss you lil
sis"
"Miss you too
big bro"
Angah dapat
menarik nafas lega.
“So, mana anak
saudara Yana? Yana excited ni nak jumpa dia”
p/s: found this story that I wrote 2 years ago.
Good one sis
ReplyDeleteglad u like it. :)
DeleteSedih bila it's only a one sided feelings.
ReplyDelete:) that's just life. The best guy always showed up a lil bit late
Delete