Assalamualaikum

I'm a newbie jadi cerita pun tak segempak~
But I hope you guys enjoy baca :)

Wednesday 13 January 2016

Liyana-Angah

Not every story have a happy ending. And not every love story the guy or girl fall in love back. This is for the people who are broken into pieces. A piece of an advice, you will meet someone. Someone that will be your complement. So, wipe that tears, collect the broken pieces, glue them back and keep moving forward.

Yana menoleh memandang rumah barunya. Dia mula membuat muka.

"Mama, seriously. We are going to live here"

"Iya lah. Kamu nak duduk mana lagi. Dekat taman depan rumah ke? Mama okay je. Jimat duit elektrik bila kurang seorang mama kena tanggung" Puan Ijah sempat memerli Yana.

Yana kembali memandang rumah barunya. Urgh! Just great! This is just freaking great.

Berat kakinya hendak melangkah ke dalam rumah tapi dah pindah, Takkan nak tidur betul dekat taman. Dibuatnya ada anjing jiran datang menyerang sebab kacau kawasan dia macam mana? Nauzubillah. Minta dijauhkan sejauh-jauhnya. Yana mula meneroka rumah barunya.

Bibirnya tanpa henti membebel.

Gila la. Duduk sini. This is just too freaking great. Great la sangat.

Apehal tak ada ruang. Come on la. Macam mana nak lepak malam-malam. Mama ni. Tanah nak bercucuk tanam pun tak ada. Simen semua. Aku pula tensyen tengok.

Yana menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Makin teroka rumah makin tensyen.

Bibirnya melepaskan keluhan.

Urgh. I. Hate. Here.

Gitar yang tersadai di tepi sofa di capai.

Here, tak ada Kaoi. Tak ada Laila. Tak ada dah member nak karaoke ramai-ramai.

Tak ada feeling betul nyanyi dekat ruang tamu ni. Nak corner lot.

Lagu love story di mainkan.

Heh! Baru putus cinta love story la sangat.

Begitu asyik Yana tenggelam dalam lagu yang dimainkan. Tanpa disedari, ada mata memandang.

Yana membuka matanya apabila tersedar ada suara berdehem.

Terkelu seketika.

Oh mamma mia. Ulala.

Oh my god.

Senyuman 5 juta megawatt memaku pergerakan tangan Yana.

"Sedap suara"

Merah pipi Yana. Mamat ni, tahu la aku nyanyi melalak dari tadi. Perli padu ni.

"By the way, I angah"

Angah? Angah raja lawak ke? Kalau dia Angah, aku Along. Amacam, geng pak lawak la kita.

Kening di jongket.

"Just call me Angah. I prefer that"

Yana sekadar mengangguk.

"Yana"

"Sedap nama. Sesedap suara tadi" Angah senyum nakal.

Automatik tangannya mencapai bantal kecil di sisi lalu dilontar kepada Angah.

Pecah tawa di bibir angah apabila bantal yang dibaling Yana di sambut.

"Eiiii. Bantal busuk. Dah besar tagun pun ada bantal busuk" sempat dia mengusik.

Yana pandang Angah yang dah keluar bila ada orang memanggilnya.

Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman.

I guess, I don't hate this place. Afterall.

xxxxxxxxxx

"Angah!"

Yana menjerit ala-ala tuan rumah mencari bibik.

"Awatnya" Angah menoleh ke arah Yana yang kelam kabut turun.

"Hantar Yana pergi sekolah" sambil membetulkan tudung di atas kepala.

"Kau gila ke apa. Angah mana reti bawa kereta"

"Pakai basikal la"

"Banyak cantik. Mentang-mentang la Angah dah habis sekolah, sesuka hati sesedap rasa nak buli Angah"

"Boleh la"

"Kau ingat sekolah kau dengan rumah dekat, macam surau depan rumah ni"

Yana mencebik.

"Kayuh sendiri. Angah sibuk"

Sibuk apakemendanya kalau tengah melepak depan tv orang.

Angah memang dah dianggap macam anak sendiri oleh mama dengan abah. Tu yang selamba cekadak je buat rumah orang macam rumah sendiri. Padahal rumah dia tu selang sebuah rumah je dari rumahnya. Nak kata rumah Angah tak ada Astro, ada ja. Aku pun tak faham feeling dia ni. Konon feeling la tengok tv dekat rumah aku. Kena suruh abah kenakan tol dekat Angah ni.

Yana mencapai basikalnya.

Haih. Nasib la bila abah dengan mama ada meeting awal pagi.

"Yana"

"Apa dia? Yana lambat dah ni"

Angah berdiri di depan pintu. Tangannya mengusap kepala Yana.

"Belajar rajin-rajin"

"Ye la. Kalau malas belajar nanti jadi macam Angah"

Angah menyekeh kepalanya.

“Angah top student okay. Jangan nak buat fakta palsu”

Hatinya berdebar-debar. Entah kenapa, debaran ini tidak mahu berhenti.

Hati, kau jangan buat pasal. Ini semua kerja syaitan. Angah tu dikira lelaki yang tak sepatutnya masuk dalam list future husband. Semua personality dia tak boleh pakai. Dah macam orang psycho terlepas dari hospital kalau kena mood menyakat dia.

Tapi bila Angah senyum selalu nak berdebar semacam.

Dah. Dah. Jangan layan perasaan tu.

"Bye Angah"

Angah hanya mengangguk.

Xxxxxxx

Yana membuat muka.

"Mama. Tak nak la. Yana tak mahu study sini"

"Ish la budak ni. Jangan buat hal. Dah sampai sini pun"

Huwaa.. Tak suka. Apa punya tempat ni. Dah macam penjara Pudu pun ada. Shopping mall pun tak ada. Yang ada, pasar raya ja. Stres, stres, stres.

Tak mahu masuk asrama.

"Dah-dah. Pergi angkat barang masuk hostel. Angah tolong Yana" Ibu Angah mengarah.

"Yana. Biar Angah angkat yang berat ni. Yana angkat baldi tu"

Yana menurut.

Tak suka. Tak suka.

Angah yang menolong segalanya. Cadar siap dipasang oleh Angah. Baju kurung di dalam almari pun Angah yang tolong susunkan.

"Angah.."

Angah menunduk memandang Yana yang sibuk melipat pakaiannya di atas lantai. Muka memang macam nak nangis.

"Tak nak duduk sini"

Mata Yana berkaca. Angah menarik nafas panjang.

Macam mana la nak pujuk dia ni.

Bukan dia tak tahu betapa Yana memberontak bila kena paksa masuk asrama.

Seminggu Yana mengamuk masa dapat berita kena masuk sini. Tapi Puan Ijah dengan Pak Cik Ateh buat bolayan ja.

"Sekejap je. 2 tahun and after that you will be out of here for good"

Air matanya menitis. Dekat sini tak ada Angah. Nak Angah.

"2 tahun tu lama la Angah"

"Dah-dah. Tak nak nangis. Tak comel"

Angah mengusap kepalanya.

Air mata di pipi Yana dilap.

"Sekejap je"

Yana mengangguk. Sekejap je.

"Dah sambung lipat baju. Nanti orang ingat Angah buli Yana"

Yana menyambung melipat bajunya. Tapi hatinya memang berat nak duduk sini. Tak boleh ke dia duduk rumah.

"Kat sini. Tak nak gaduh-gaduh"

"Hmmm"

"Jangan nangis"

"Hmmmm"

"Be strong. Angah tau Yana boleh berdikari"

"Hmmm"

"Dengar tak cakap Angah ni"

"Angah dah ulang dekat 15 kali dah"

"Yana kan ada memori ala-ala ikan emas. Tu yang Angah kena ulang banyak kali"

Spontan tangannya mencubit Angah.

Pecah tawa di bibir Angah.

"Be a gooood girl"

"Yes sir"

Yana tunduk memandang lantai.

"Angah datang la melawat"

Angah tersenyum.

"For my unbiological sister, I will"

"Janji"

"Janji"

Sekurang-kurangnya Angah nak datang melawat.

xxxxxx

Lagi 2 hari nak cuti raya.

Yana mengemas begnya.

Hoyeah. Balik rumah.

Bilik riuh dengan lagu balik kampung. Semua sibuk bersembang pasal baju raya warna apa. Nak makan kuih raya apa la. Jahit langsir, bla, bla, bla.

Yana memandang bingkai gambar di meja studynya.

Dapat jumpa Angah. Dah 3 bulan tak jumpa Angah sebab Angah busy dengan degree.

Tanpa sedar bibirnya menarik senyuman. Ahaks. Yeay! Dapat jumpa Angah.

“Yana kau jangan tenung gambar Angah lama-lama. Aku pula naik risau tengok kau”

“Mana ada”

xxxxxxxxx

Yana memandang gadis yang duduk di sebelah Angah.

"Yana. Salam bakal kakak ipar Yana"

Yana menyalam tangan kekasih Angah. Tangannya tiba-tiba sejuk. Bibirnya mengukir senyuman plastik.

"Bila kenal?"

"Masa study"

"Kenapa tak beritahu Yana?"

"Saja nak bagi surprise"

"Bila nak kahwin?"

Tersedak Angah.

"Budak kecik jangan menyibuk hal-hal rumahtangga orang"

Yana mencebik.

"Kenapa kakak suka Angah? Bukannya hensem tara mana pun. Mat Bangla jual karpet segak lagi"

Pecah tawa di bibir Kak Ma.

"Ish la budak ni. Angah handsome okay. Tidak tak dapat la tackle Kak Ma. Kan sayang?"

"Ye la tu" Yana menjulingkan matanya keatas.

Riuh di bibirnya sekadar menutup sedih di hatinya. Patut lah busy sangat dengan degree.

Yana baring di atas katilnya.

Tanpa sedar air matanya jatuh jua. Puas di tahan 2 minggu. Akhirnya jatuh juga.

Setiap hari Angah cerita pasal Kak Ma. Rasa macam nak baling ja cawan bagi Angah senyap.

Angah ni, boleh tahan lembap juga. Ke aku yang sendiri abang-zoned kan Angah dulu?

xxxxxxx

Angah memandang pelik Yana. Selalunya, mulut kecoh sampai dia sendiri perlu menyuruh Yana senyap. Tapi hari ni sepi.

Selepas raya tahun lepas. Dah tak ada call dari Yana. Balik pun tak bagi tau. Senyap macam tu ja.

Dulu bukan main nak keluar dari asrama secepat mungkin. Ni tidak. Diam je. Nak kata dia ada buat Yana terasa hati. Tak ada pun sebab elok ja Yana bergelak dengan dia tahun lepas.

Angah memandang sekilas muka Yana yang tidak beriak.

"Angah ada buat Yana terasa ke?" Matanya masih tekun memandang jalan dihadapan.

"Tak pun"

See. Sepatah ja dia jawab. Selalunya berkajang-kajang jawapan dia.

"Macam mana last paper SPM. Okay?"

"Okay"

Yana mengambil headphone yang tersangkut di leher lalu diletakkan di telinga.

Baik pura-pura tidur. Mama pun satu bukan nak bagitahu yang Angah tolong ambilkan Yana sebab Mama busy. Nasib baik tak lari balik masuk asrama.

Angah mengeluh.

Apa salah aku.

xxxxxxxxxx

Angah memandang Puan Ijah.

"Bila masa pula Yana buat A-Level?"

"Dah seminggu Yana buat"

"Dia guna result trial?"

Puan Ijah sekadar mengangguk.

"Dia tak bagitau Angah ke?"

"Tak"

Angah meraup mukanya. Selalunya, apapun, Yana mesti beritahu dia. Even dia bunuh lipas pun, Angah orang first yang tau.

Sekarang, bukan takat lipas, buat A-level pun tak bagitau.

What did I do wrong?

xxxxxxxxxx

Yana memandang Angah.

"Angah, lagi 20 minit untuk check in ni""

"Apa salah Angah?"

Yana diam.

"Apa salah Angah?"

Angah mengulang lagi. Kali ini suaranya sedikit keras.

“Angah cakap apa ni?”

“Don’t lie to me. If you are saying nothing’s wrong, that’s just bullshit because both of us know there’s something wrong”

"You done nothing wrong. Yana yang salah"

"Apa salah Yana sampai nak mengelak Angah ni? Dah bertahun tak tegur Angah. Ni nak study oversea pun, Angah tahu dari mulut mama tau. Angah tahu semalam tahu tak? Itupun kebetulan. Kalau tak, dua minggu lagi baru Angah tahu kot. So explain Liyana"

Yana mengeluh.

"Angah, Yana tak nak miss flight Yana"

"Tell me. Then, I will let you go. Yana nak pergi sampai Antartika pun Angah tak halang dah"

"Because Angah. I like you a lot not in sister brother way but like a girl boy way. And the worst part is, you don't even like me. You like Kak Ma"

Angah meraup wajahnya.

"Yana tahukan that Angah anggap Yana sebagai adik ja"

"I know. I know. I know about that fact clearly and that is why I will be back when I'm ready. I just need some space and time"

Angah diam.

"Angah, just let me be like this"

"Sampai bila, Yana?"

"Until I'm okay with it"

Angah mengangguk.

"Dekat sana jaga diri betul-betul"

Yana mengangguk.

"Dah pergi cepat. Kalau terlepas flight Angah tak nak hantar naik perahu"

Yana tersenyum.

“I know”

xxxxxxxxxx

Dah 4 tahun Yana.

Not a single letter. E-mail. No calls. No text messages.

Nak tau perkembangan dia pun, kena tanya Puan Ijah.

Angah memandang ke luar tingkap.

Tiba-tiba badannya dipeluk dari belakang.

"Kenapa sayang?"

"Angah rindu Yana"

Kak Ma tersenyum.

"She will be back. You know that"

I know that.

Tapi, bila?

xxxxxxxxxx

Angah memberi salam.

 Aik. Mak Cik Ijah tak ada ke? Tapi pintu tak berkunci.

Matanya terpaku pada sekujur tubuh yang sedang membasuh pinggan.

Mak cik Ijah ke tu? Rasa macam semalam jumpa tak ramping macam tu.

It can’t be.

"Li…Liyana?"

Perlahan-lahan tubuh itu memusing menghadapnya.

Bibirnya menguntum senyuman. Kali ni, tak ada paksaan di bibirnya.

"I'm back, Angah"

Angah diam tak terkutik.

“Yana?”

“You are not dreaming right now. So, boleh tutup kut mulut tu”

Tawa kecil terlepas dari bibirnya melihat Angah macam tak percaya.

"For good?" Perlahan suaranya bertanya. Takut Yana hanya pulang untuk masa yang singkat.

"Insya-Allah. For good"

"Miss you lil sis"

"Miss you too big bro"

Angah dapat menarik nafas lega.


“So, mana anak saudara Yana? Yana excited ni nak jumpa dia”

p/s: found this story that I wrote 2 years ago.

4 comments: